Sewaktu Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat, British dan kuasa-kuasa besar yang lain banyak menyebarkan mesej propaganda untuk meningkatkan semangat patriotik rakyat dan mempengaruhi rakyat agar menyokong kerajaan dalam peperangan.

Mesej-mesej propaganda ini banyak disebarkan melalui surat khabar, radio, majalah dan penulisan-penulisan artikel. Akibatnya, banyak fakta salah yang disebarkan kepada orang awam tanpa mereka sedar akan kesahihannya. Mesej-mesej propaganda ini diterima bulat-bulat bagaikan fakta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mesej-mesej dan maklumat ini kemudian diperturunkan dari generasi ke generasi sehinggakan begitu sukar untuk kita memperbetulkan kembali maklumat-maklumat yang salah mengenai Perang Dunia Kedua. Kali ini, mari lihat beberapa perkara yang sebenarnya kurang tepat berkenaan Perang Duni Kedua.

1. Tentera Amerika Syarikat disertai secara sukarela oleh rakyat yang patriotik

tentera amerika perang dunia kedua

Ramai yang menyangka bahawa majoriti tentera Amerika Syarikat yang terpilih menyertai pasukan tentera adalah atas semangat patriotik mereka sendiri. Realitinya, sebahagian besar daripada tentera ini sebenar dipilih secara rawak berdasarkan nombor yang diberikan kepada mereka.

Dipercayai dua pertiga daripada tentera Amerika Syarikat adalah rakyat mereka yang "dipaksa", bukanny atas kenginan mereka sendiri. Malah, dipercayai ketika Perang Vietnam juga satu pertiga daripada tentera Amerika Syarikat sebenarnya adalah mereka yang dipaksa menyertainya.

Dalam keadaan perang, semua pihak sangat terdesak untuk meningkatkan kekuatan pasukan tentera dan itulah juga yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat untuk meningkatkan jumlah pasukan tentera mereka.

2. Pengguguran bom atom menyebabkan Jepun menyerah kalah

bom atom perang dunia 502

Banyak filem dokumentari menyiarkan rakaman kepulan asap berbentuk cendawan yang terhasil setelah dua bom atom dilepaskan di Hiroshima dan Nagasaki sebagai punca utama Jepun menyerah kalah. Fakta ini kurang tepat sebenarnya sebelum itu, lebih 60 bandar Jepun telah pun musnah akibat serangan pengeboman/

Terdapat banyak faktor yang membolehkan Jepun menerima penyerahan. Salah satunya adalah hak untuk mengekalkan Maharaja di atas takhtanya. Satu lagi ialah pengunduran tentera Soviet, berikutan pengisytiharan perang mereka ke atas Jepun dan pencerobohan ke atas Manchuria.

Pencerobohan Soviet menyebabkan Jepun makin lemah kerana mereka telah kehilangan armada mereka dan sebahagian besar tentera udara mereka. Jepun telah pun kalah sebelum bom atom dijatuhkan, namun kedua-dua pengeboman itu dan banyak lagi ancaman membantu meyakinkan mereka untuk berhenti berperang kerana sudah jelas mereka hampir kalah.

3. Kelengkapan tentera Jerman lebih canggih daripada pasukan Tentera Paksi

mitos ww2 yang dijaja filem hollywood

Persepsi yang lahir dalam media pada hari-hari awal perang bahawa Tentera Jerman memiliki jentera yang maju, berperisai, kekal sebagai aspek filem yang berlatarkan Perang Dunia II. Apabila perang bermula, Tentera Jermanterdiri daripada kira-kira 135 bahagia tetapi hanya 16 daripada bahagian tersebut yang memiliki kekuatan jentera perang.

Bahagian yang lain pula mempunyai hanya beberapa kenderaan bermotor, seperti kereta untuk pegawai dan motosikal untuk penghantar utusan. Tentera Jerman yang dengan pantas menjelajah sebahagian besar Eropah Timur dan Barat adalah tentera yang bergantung pada pengangkutan haiwan untuk memindahkan peralatan, bekalan, peluru dan senjata berat.

Apabila Jerman menyerang Perancis pada tahun 1940, Perancis mempunyai lebih banyak kereta kebal, kebanyakannya lebih kuat daripada musuh Jerman mereka. Mereka juga memiliki senjata yang lebih berat, dan bilangan tentera yang sama.

4. Rakyat Amerika Syarikat sukarela mencatu makanan 

catuan makanan perang

Kehidupan rakyat Amerika semasa Perang Dunia Kedua digambarkan dalam filem dan televisyen sebagai satu kesatuan dan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk tentera dan kerajaan yang berperang. Orang Amerika sering digambarkan menyokong catuan sebagai sumbangan sukarela mereka kepada usaha perang, menurut filem-filem perang.

Pada realitinya, catuan hampir tidak disenangi secara universal dan akibatnya, wujud pasaran gelap yang berkembang pesat semasa perang. Antara barangan yang paling banyak dibeli melalui pasar gelap atau kupon catuan palsu ialah daging, gula dan petrol.

Semasa perang, kerajaan mengeluarkan banyak poster yang mengecam pasaran gelap dan menggalakkan rakyat Amerika untuk enggan melindungi pedagang yang menipu sistem itu. Kewujudan poster kempen dan usaha kerajaan menggangguan jual-beli di pasaran gelap dan penipuan catuan sepanjang perang menjadi bukti jelas bahawa rakyat menentang keras tindakan catu bekalan makanan ini.

5. Selepas kejatuhan Perancis, Britain berperang secara sendirian dengan Jerman

mitos perang dunia

Dalam filem demi filem yang menggambarkan kejatuhan Perancis dan permulaan Pertempuran Britain, penekanan diberikan kepada gambaran British berdiri sendiri menentang kekuatan Jerman dan sekutu mereka Itali. 

Realitinya, Britain tidak bersendirian selepas mereka berundur dari Dunkirk dan pelabuhan-pelabuhan lain dan penyerahan Perancis kerana pada tahun 1940 empayar British meliputi lebih daripada 25% daripada dunia.

Britain boleh dan sememan menarik sumber kewangan dan tenaga tentera dari Kanada, India, Asia, Afrika Selatan, Rhodesia, Australia, New Zealand dan pulau-pulaunya di Caribbean dan tempat lain. Empayar ini mempunyai rizab minyak, getah, arang batu, bijih besi dan bahan makanan yang besar dari seluruh dunia.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. American History
  3. History Extra
  4. Press Books
  5. All Thats Interesting



Hakcipta iluminasi.com (2017)