Umum tahu bahawa buah epal adalah sangat berkhasiat dan mempunyai pelbagai kebaikan termasuklah antioksida, vitamin dan juga serat.

Ia sangat sesuai dijadikan snek dan juga jus untuk menambahkan lagi nutrien seharian.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa biji epal mengandungi sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai amygdalin, yang boleh memberi kesan toksik kepada tubuh badan manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

mengapa biji epal beracun

Amygdalin bertindak sebagai bahagian pertahanan kimia kepada biji dan tidak berbahaya apabila biji-biji itu berada dalam keadaan utuh.

Namun apabila biji ini dikunyah atau hancur, amygdalin yang terkandung akan merosot dan bertukar menjadi hidrogen sianida (HCN).

Dalam dos yang tinggi, ini boleh menjadi sangat beracun dan mampu membunuh.

Amygdalin wujud dalam jumlah yang agak tinggi dalam biji bagi buah-buahan dalam keluarga Rosaceae, termasuklah epal, badam, aprikot, pic dan ceri.

Keracunan sianida

sianida boleh membunuh

Sianida terkenal sebagai salah satu racun paling membunuh dengan sejarah pembunuhan besar-besaran dan juga perang kimia.

Malah, terdapat "pil bunuh diri" yang juga dikenali sebagai pil sianida yang digunakan pada Perang Dunia Kedua. Pil ini mengandungi sianida yang mana apabila ditelan, akan menyebabkan kematian yang pantas.

Ketika WW2, Jeneral Nazi Jerman Erwin Rommel dipaksa untuk membunuh diri dengan memakan pil sianida selepas terlibat dalam cubaan membunuh Adolf Hitler pada 20 Julai 1944.

Sianida berfungsi dengan mengganggu bekalan oksigen sel dan dos yang tinggi boleh membunuh manusia dalam masa beberapa minit sahaja.

erwin rommel makan pil sianida bunuh diri selepas cuba untuk bunuh adolf hitler

Gejala-gejala ringan melibatkan keracunan sianida termasuklah cemas, sakit kepala, pening dan kekeliruan.

Keracunan akut boleh menyebabkan sawan, sesak nafas, gemetar, kekejangan, peningkatan degupan jantung, kegagalan pernafasan, tekanan darah rendah, yang mana semua ini boleh membuatkan seseorang tidak sedarkan diri.

Dalam beberapa kes teruk, ia boleh menyebabkan koma dan maut.

Jika terselamat, individu tersebut pasti akan mengalami kerosakan pada jantung dan otak.

Berapa jumlah sianida untuk membunuh?

biji epal amygdalin sianida membunuh

Jumlah sianida untuk membuatkan seseorang itu keracunan adalah bergantung kepada berat badan individu dan kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Untuk lebih tepat, 0.5 hingga 3.5 miligram sianida per kilogram badan manusia boleh menyebabkan keracunan. Sebagai contoh jika berat anda 100 kilogram, maka sianida yang diperlukan untuk menyebabkan keracunan adalah antara 50 dan 350 miligram.

Namun ia bergantung kepada toleransi badan seseorang dan juga jenis epal itu sendiri.

Jumlah amygdalin dalam epal adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis epal dan persekitaran tempat ia ditanam.

Adakah makan biji epal boleh membunuh?

makan biji epal bahaya

Jika anda termakan beberapa biji epal, jangan risau anda mungkin tidak akan terbunuh. 

Ini kerana biji-biji ini mempunyai lapisan pelindung yang kuat yang melindungi amygdalin di dalamnya.

Malah, lapisan pelindung biji yang kuat ini tahan terhadap enzim pencernaan dan biji epal dapat melalui sistem pencernaan tanpa sebarang kerosakan.

Ia hanya boleh membunuh jika anda memakan biji epal yang telah dihancurkan dalam jumlah yang banyak.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2015, jumlah amygdalin dalam 1 gram biji epal berkisar antara 1 hingga 4 miligram, bergantung kepada jenis epal.

Namun, jumlah sianida yang boleh diperoleh dari biji-biji ini adalah lebih rendah dan dos membunuh bagi hidrogen sianida adalah sekitar 50 hingga 300 miligram.

Bagi setiap 1 gram biji epal, ia berpotensi mengeluarkan 0.6 miligram hidrogen sianida dan ini bermakna seseorang itu perlu memakan 83 hingga 500 biji epal hancur untuk mengalami keracunan sianida akut.

Walaupun tidak boleh membunuh, para saintis mengesahkan bahawa kandungan amygdalin dalam biji epal adalah tinggi dan memakannya boleh mencetuskan kebimbangan.

Rujukan:

1. Britannica

2. Medical News

3. USA Today

4. Times of India




Hakcipta iluminasi.com (2017)