Oleh pada 17 May 2017 kategori

Seorang chef telah menghasilkan cili paling pedas di dunia, sangat pedas sehingga boleh membunuh anda!

Dinamakan "Dragon's Breath", cili ini digunakan untuk rawatan kesihatan iaitu sebagai anaesthetic. Hal ini disebabkan minyak yang terhasil daripada cili ini terlalu kuat sehingga boleh menyebabkan kulit kebas.

Mike Smith daripada St. Asaph di Utara Wales telah terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan cili dan sayur-sayuran selama 7 tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

cilidragonbreath2

cilidragonbreath5 159

Cili ini diukur pada 2.48m lebih pada skala Scoville dan boleh menyebabkan kejutan anaphylactic kepada mereka yang memakannya; saluran pernafasannya akan merasa pedih seperti terbakar dan menutup saluran pernafasannya.

Untuk membandingkan skala itu, askar Amerika Syarikat menggunakan pepper spray yang digunakan pada skala 2m Scoville.

Smith mengatakan beliau tidak pernah makan cili "Dragon's Breath" itu namun pernah mencuba meletakkan lidahnya pada cili ini dan akibatnya, dia merasa pedih yang amat sangat pada lidahnya.

cilidragonbreath4

Cili ini telah dihasilkan dengan kerjasama Universiti Nottingham Trent untuk kegunaan perubatan. Hal ini kerana ramai pesakit alergik dengan anaesthetic dan dengan menggunakan minyak dari cili ini, ia boleh digunakan sebagai ubat kebas.

Cili ini juga perlu diletakkan di dalam bekas yang tertutup kerana kepedasannya.

Sumber




Hakcipta iluminasi.com (2017)