vitamin perlu atau tidak

Pemasaran vitamin berjaya meyakinkan kita yang tubuh kita memerlukan pengambilan pil-pil vitamin setiap hari. Sesuatu yang mungkin mengejutkan anda, sehingga kini belum ada kajian yang benar-benar mengatakan anda perlu ambil pil vitamin anda.

Kajian-kajian yang telah dilakukan pula menjumpai hasil sebaliknya, di mana vitamin-vitamin yang diambil sebenarnya memberikan kesan negatif pada pemakannya. Sesetengah vitamin dikatakan meningkatkan risiko menghidap kanser sementara ada yang dikatakan menyebabkan penyakit batu karang.

Jadi persoalannya - vitamin manakah yang patut anda ambil dan mana yang patut anda tinggalkan? Jawapannya mungkin bukan sesuatu yang anda suka.

1. Asid folik

folic acid perlu

Asid folik adalah salah satu daripada vitamin B yang ada. Asid folik disyorkan oleh saintis untuk diambil oleh wanita yang mengandung, kerana didapati mampu mengurangkan risiko ke atas bayi khasnya perkembangan otak dan tulang belakang bayi.

Perlu atau tidak : perlu sekiranya anda wanita mengandung.

2. Multivitamin

multivitamin pentinng atau tidak

Multivitamin merupakan makanan tambahan yang cuba merangkumi pelbagai jenis khasiat dalam satu pil. Walau bagaimanapun, apa yang anda boleh dapat daripada tabiat makanan yang baik mampu memberikan anda apa yang anda rasa anda perlukan.

Mengambil multivitamin secara berlebihan dikatakan meninggikan risiko kematian. Satu kajian pada tahun 2011 mendapati wanita yang mengambil vitamin mempunyai kadar kematian lebih tinggi berbanding wanita yang tidak, dalam kajian yang melibatkan 38,000 orang.

Perlu atau tidak : tidak perlu.

3. Vitamin C

buah buahan citrus sumber vitamin

Vitamin C dikatakan mampu memperkuatkan tubuh kita daripada demam. Walau bagaimanapun, pengambil pil vitamin C tidak memberi apa-apa kesan kepada pemakannya dalam kajian yang dilakukan.

Ini kerana tubuh kita mempunyai kebolehan untuk menyimpan kadar vitamin C yang sepatutnya dalam badan kita. Sekiranya kita mengambil dos yang melebihi apa yang kita perlukan, badan kita hanya akan membuangnya pada akhirnya.

Perlu atau tidak : tidak perlu. Makan oren atau buah-buahan yang bersifat sitrus.

4. Vitamin D

ikan salmon banyak vitamin omega 3

Vitamin D boleh dihasilkan oleh badan kita apabila kita didedahkan dengan cahaya matahari. Walaupun begitu, dalam diet pemakanan kita, vitamin D agak sukar untuk didapati kecuali di dalam ikan yang berminyak seperti salmon dan sardin. Sekiranya dilakukan perbandingan, kena pancaran matahari mampu menghasilkan lebih 20,000IU vitamin D berbanding makan ikan yang hanya mengandungi 1,000IU vitamin D.

Jadi sekiranya anda kerap berada di luar terkena pancaran cahaya matahari, badan anda mungkin mengandungi vitamin D yang cukup untuk kekuatan tulang anda. Tetapi bagi pekerja pejabat atau yang meniaga on-line, nak duduk dekat cahaya selama 20 minit berterusan tu mencabar sikitlah. Jadi penyelidik mensarankan pada kita untuk ambil makanan tambahan vitamin D bagi membantu penyerapan kalsium.

Perlu atau tidak : ambil untuk tulang yang kuat.

5. Anti-oksida

kopi bahan anti oksida semulajadi

Anti-oksida merupakan makanan tambahan yang sangat popular di kalangan rakyat kita. Asal ada saja makanan tambahan, anti-oksida akan jadi label jualan penting yang akan diulang-ulang.

Bagaimanapun, kajian yang dah dijalankan membuktikan pengambilan anti-oksida yang berlebihan akan meningkatkan risiko kanser pada pengambilnya, mengurangkan kesan baik senaman serta mampu meningkatkan risiko kematian mengejut seseorang. Kajian pada tahun 2014 merumuskan pengambilan anti-oksidan tidak memberi sebarang faedah, jadi mereka menasihat agar kita berhenti mengambilnya.

Perlu atau tidak : tidak.

6. Probiotik

minuman probiotik kultur

Probiotik dikatakan sebagai bakteria yang mampu melindungi sistem perhadaman kita dengan membantu melancarkan lagi proses yang berlaku dalam usus. Walaupun demikian, kajian-kajian yang dijalankan tidak membuktikan wujud sebarang faedah pengambilan probiotik kerana probiotik didapati hanyalah strategi pemasaran.

Ini kerana usus kita sebenarnya sudah pun lengkap sistemnya tanpa perlu campur tangan bakteria-bakteria dari luar. Selain itu, kajian juga mendapati bakteria yang dibiakkan sebagai probiotik seperti bifidobacterium dan lactobasilus berkemungkinan besar mati semasa berada dalam organ pencernaan manusia yang berasid.

Perlu atau tidak : tidak. Tetapi ada kes di mana sembelit berjaya dibantu dengan pengambilan minuman probiotik dari farmasi.

7. Zink

pengambilan vitamin

Zink memberikan peranan yang besar pada tahap kesihatan kita, kerana zink membantu sistem imunisasi badan kita melawan bakteria dan virus. Zink juga membantu menyembuhkan luka serta menguatkan lagi deria rasa dan bau kita. Sama seperti vitamin D, sumber zink walaupun lebih banyak pilihannya - tetap agak terhad pada kita.

Sumber zink terbanyak adalah tiram. Selain itu zink juga boleh didapati daripada daging merah, ketam, udang, kekacang, bijirin serta bahan tenusu yang mampu membekalkan zink dalam kuantiti sedikit. Pendapat mengatakan tabiat pemakanan sihat mampu membekalkan zink yang cukup untuk anda. Persoalannya, adakah perlu zink sebagai makanan tambahan?

Penyelidik mensarankan kepada kita untuk mengambil pil zink apabila kita demam selsema kerana zink mampu mempercepatkan penyembuhan tubuh kita.

Perlu atau tidak : bergantung pada keadaan badan.

Rujukan

John Hopkins University Magazine



Hakcipta iluminasi.com (2017)