debunk kisah di sebalik isaac newton dan graviti

Sumber Foto: okdiario.com

Menurut lagenda, graviti ditemukan apabila sebiji epal jatuh ke atas kepala seorang pemuda bernama Isaac Newton, memberi idea kepada beliau akan kewujudan suatu daya yang menyebabkan buah tersebut jatuh ke bawah. 

Sir Isaac Newton - Seorang Pemikir, Ahli Matematik & Fizik

sir isaac newton seorang pemikir ahli matematik dan fizik

Sumber Foto: linkedin.com

Namun, realitinya akan berbeza berbanding kisah lagenda tersebut. Newton yang merupakan anak seorang petani dilahirkan pada tahun 1642 di Grantham, England. Beliau menuntut di Cambridge University bermula tahun 1661.

4 tahun kemudian, disebabkan tersebarnya sejenis wabak penyakit di Cambridge, universiti berkenaan ditutup sementara, menyebabkan Newton pulang ke kampung halaman beliau di Woolsthorpe Manor.

Ketika berada di kebun di kampung, beliau terlihat sebiji epal jatuh ke tanah daripada sebatang pokok. Setakat ini, tiada bukti berkenaan buah epal berkenaan jatuh ke atas kepala beliau. 

Pemerhatian Newton akan kejadian berkenaan membuatkan beliau terfikir mengapa epal tersebut jatuh lurus ke bawah, dan mengapa bukannya ke sisi mahupun ke atas.

Peristiwa ini memberi inspirasi kepada beliau untuk menjalankan kajian berkenaan daya yang menarik epal itu jatuh ke bawah dan seterusnya beliau menghasilkan sebuah teori 'Law of Universal Gravitation'.

Pada tahun 1687, Newton pertama kali menerbitkan teori tersebut, yang menyatakan bahawa setiap objek di dalam alam semesta tertarik antara satu sama lain melalui suatu daya pada kadar rata kepada pendaraban jisim masing-masing.

Perkongsian Newton Tentang Peristiwa Epal 

perkongsian newton tentang peristiwa epal memoirs of sir isaac newton s life

Sumber Foto: dailymail.co.uk

Pada tahun 1726, pada usia 84 tahun, Newton berkongsi peristiwa tentang epal berkenaan dan kaitannya dengan penemuan graviti kepada seorang penulis dan ahli fizik yang bernama William Stukeley.  

William kemudiannya menulis sebuah biografi tentang Newton, iaitu 'Memoirs of Sir Isaac Newton's Life'. Beliau turut memasukkan peristiwa epal ke dalam biografi berkenaan yang diterbitkan pada tahun 1752. 

Menurut William:

Selepas makan bersama Newton, dengan cuaca yang sedikit panas, saya dan Newton keluar ke kebun dan minum teh di bawah teduhan pokok-pokok epal yang berdekatan. 


Newton memberitahu saya, keadaan pada ketika itu sama seperti ketika berlakunya peristiwa epal jatuh, yang mana beliau sedang berada dalam mood berfikir. Mengapa epal jatuh secara lurus ke tanah, fikir beliau.


Mengapa buah itu tidak jatuh ke sisi, atau mungkin ke atas? Tetapi sentiasa jatuh ke arah pusat bumi? Pasti sebabnya adalah bumi yang menariknya. Pasti ada daya tarikan di dalam sesuatu objek. 

Kesimpulan 

pokok epal di sekitar rumah sir isaac newton

Sumber Foto: shakwmakw.com

Peristiwa epal tersebut diceritakan semula oleh Newton lebih kurang 60 tahun selepas ia 'berlaku'. Adakah ia benar-benar berlaku, ataupun hanya sekadar cerita rekaan Newton?

Ahli matematik dan fizik yang dihormati itu meninggal dunia pada tahun 1727 dan disemadikan di Westminster Abbey. 

Rumah Isaac Newton di Woolsthorpe Manor kini diletak di bawah pemerhatian National Trust. Seorang pengurus rumah berkenaan, iaitu Margaret Winn berkata pokok epal jenis yang sama (dikenali sebagai Flower of Kent) masih tumbuh di hadapan rumah Newton.

Bagi penulis, sama ada peristiwa berkenaan benar-benar berlaku atau tidak, itu tidak penting. Namun, kita perlu menghargai sumbangan Isaac Newton dalam dunia sains. 

Mungkin peristiwa berkenaan benar-benar berlaku, namun terdapat tokok tambah seperti jatuhnya epal ke atas kepala beliau bagi 'menyedapkan' cerita sahaja.  

Rujukan:

  1. history.com
  2. independent.co.uk

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)