Artikel ini ditulis oleh saudara Khrii Suhaimi di laman facebook miliknya dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk ulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermanfaat kepada semua.

Tadi lalu kat Aeon Big, nampak ada offer Coke 2 botol 1.5 liter cuma RM3.20. "Gila muranya!" kataku dalam hati. Biasanya sebotol pun dah mencecah RM3. Otak indirectly arahkan mulut, suruh adik ambil 2 botol. Dalam perjalanan nak bayar, fikir balik nak ambil atau tak Coke ni, kemudian letak atas mesin conveyor. Bincang dengan adik sebentar, belum sempat cashier tu ambil untuk scan, aku suruh dia letak balik coke-coke tu di tempat asal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kita selalu dengar org cakap, Coca-cola tu tak elok dan memudaratkan kesihatan. Byk video tunjuk coke boleh jadi bahan penghakis lah, boleh basuh jamban lah dan bermacam-macam lagi.

Tapi kita masih minum, ada yg minum setiap hari. Sebab apa? Sebab kita tak tahu macam mana kesan coke ni pada badan kita literally, dan tak nampak kesannya serta merta, kesannya tak ada depan mata. Kesannya datang secara perlahan-lahan dan halus. Jarang orang cucuh tangan sendiri, sebab apa, sebab sakit straight away. Bila bahaya datang lambat, kita tak takut dan tak fikir.

Antara sebab Coke memudaratkan kesihatan adalah kandungan gulanya yang sangat tinggi. Yang ni semua orang tahu. Setin coke mengandungi lebih kurang 38 gram atau 9 sudu teh gula. Cuba bancuh teh o ais secawan dengan kuantiti gula sebanyak tu, rasa mcm mana?

coca cola coke malaysia

Tapi kenapa gula tinggi ni bahaya, apa implikasi pada badan kita?

Well, of all sugars, "High Fructose Corn Syrup" digunakan sebagai sumber gula dalam pembuatan coke. Penggunaan HFCS dlm coke mainly sebab low cost sugar. Fructose adalah sejenis gula, mainly ada dalam buah-buahan. Contoh sumber gula sebiji epal is half dari glucose dan half fructose.

HFCS adalah gula yang diproses dari corn starch, where glucose dlm cornstarch ni diproses menjadi fructose.

Kandungan HFCS dalam coke ni sangat tinggi sebab bahan no 2 selepas air bikarbonat, dan fructose adalah gula yang tidak baik untuk badan, tak seperti glucose.

Kenapa fructose bahaya untuk badan kita?

Fructose hanya boleh diproses oleh liver (hati), dan fructose tak boleh digunakan oleh sel badan sebagai sumber tenaga, berlainan pula dengan glucose (good sugar), ianya boleh digunakan oleh semua sel badan sbagai sumber tenaga.

Bukan sahaja ianya tak boleh jadi tenaga, bahkan ianya akan menjadi toksin kalau jumlah dikonsum kuantiti yang banyak, sebab bila diproses, ianya diproses jadi lemak, dan dihantar ke sel lemak. Jadi kalau org kata minum coke boleh buatkan anda gemuk, sadly, its true. Muhasabah diri.

Fructose berlebihan akan rosakkan liver sbb terlalu banyak kerja untuk liver buat kerja bersendirian dan menyebabkan fatty liver disease. Dan juga, kesan fructose pada liver sama seperti kesan alkohol, yang mana kita dah tahu sebagai liver toxin.

Fructose meningkatkan penghasilan asid urik, dimana, kalau terlebih konsum, akan menyebabkan gout, batu karang dan menambah tekanan darah tinggi.

Fructose akan menyebabkan leptin resistance. Leptin adalah sejenis hormon yang mengawal nafsu selera makan dan metabolisma untuk kekalkan berat badan normal. Dan juga berkait rapat dengan masalah metabolisma such as kencing manis, obese dan sakit jantung. So sesiapa yang leptin resistant mudah naik lemak dan jadi obese dgn senang.

Dengan khadiran fructose sbagai sumber tenaga, sel kanser akan berkembang dengan sangat cepat.

Bukan tak boleh minum, tapi fikir sebelum minum. Mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali. Kalau iman kuat, tak payah minum terus lagi bagus. Dan kalau nak kurus, dan buang lemak, coke is a no. Bukan just coke. Minuman berkarbonat yg lain pun sama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)