Di sudut hati kecil setiap umat Islam pasti tersimpan hasrat untuk menghembuskan nafas ketika berjuang di jalan Allah, yakni mati syahid.

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian 2 umat Islam, iaitu Ali Banat warga Australia dan juga jururawat Palestin, Razan Al-Najjar. Walaupun dunia bersedih, namun ganjaran yang besar menanti kedua-dua pahlawan Islam ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

razan al najar syuhada medik mati syahid

Tak semua daripada kita berpeluang dan mampu melakukan apa yang dilakukan mereka. Namun begitu, tak semestinya kita boleh mendapatkan ganjaran yang lebih daripada mati syahid, dan iluminasi.com ingin kongsikan amalan yang mampu mengatasi mati syahid.


Terdapat dua orang mengunjungi Rasulullah S.A.W, untuk memeluk Islam dan kedua-duanya mengucapkan 2 kalimah syahadah pada hari yang sama.

Salah seorang daripada lelaki tersebut bekerja lebih kuat ke jalan Allah berbanding yang seorang lagi dari segi berdakwah, berjihad dan sebagainya, sehingga beliau ditakdirkan mati syahid.

Lelaki yang satu lagi meninggal setahun selepas kematian lelaki mati syahid tersebut dengan kematian yang biasa.

ini amalan yang mampu mengatasi orang mati syahid

Talha bin Ubaidalha, seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat soleh kemudiannya bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, beliau melihat dirinya sendiri, dan berkata:

"Saya berada di depan gerbang syurga, dan aku melihat dua orang ini yang memeluk Islam. Dan kemudian ada malaikat keluar dari syurga dan memasukkan lelaki yang mati kemudian (mati biasa) masuk ke dalam syurga terlebih dahulu. Kemudian barulah malaikat datang dan memasukkan lelaki yang mati syahid itu ke dalam syurga. Kemudian malaikat datang kali ketiga dan memberitahuku: "Talha, pulanglah, waktumu belum tiba""

Talha pun terbangun dan merasa begitu terkejut serta kagum. Beliau mula menceritakan mimpinya kepada orang ramai. Kemudian beliau pergi bertemu dengan Rasulullah S.A.W menceritakan mimpinya.

Rasulullah S.A.W seraya bertanya, "Wahai Talha, mengapa engkau terkejut?".

Talha menjawab "Ya Rasulullah, seorang syahid, yang memiliki darjat yang begitu tinggi, tetapi dia masuk ke syurga setelah orang biasa yang meninggal setahun sesudahnya? Bagaimana ini terjadi Ya Rasulullah?".

Talha tidak mengeluh tetapi hanya ingin tahu apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut yang membuatkan dia dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu supaya beliau juga boleh melakukannya.

Sebelum menjawab persoalan Talha, untuk memahami mengapa Talha begitu terkejut, maka perlu dijelaskan terlebih dahulu persoalan ini:

  1. Apakah yang membuatkan Talha beranggapan bahawa orang mati syahid harus masuk syurga terlebih dahulu daripada orang biasa?
  2. Mengapa ia penting siapa yang masuk syurga terlebih dahulu jika kedua-duanya akhirnya masuk ke syurga?

Status orang mati syahid

dr fadi m r ini amalan yang mampu mengatasi orang mati syahid

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa Allah S.W.T akan merahmati orang mati syahid dengan 6 keistimewaan, iaitu:

  1. Bagi titisan darah pertama yang mengalir dari tubuh mereka, Allah S.W.T akan mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan boleh melihat tempat mereka di syurga
  2. Allah S.W.T berjanji mereka tidak akan menerima siksa kubur
  3. Mereka tidak akan takut ketika mana orang-orang berlarian dalam ketakutan ketika hari kiamat
  4. Mereka akan diberikan mahkota kerahmatan dan kemuliaan, Al-Wiqar, yang dihiasi dengan permata dan hanya satu butir permata sahaja adalah lebih berharga berbanding bumi dan segala isinya
  5. Mereka juga akan diberikan pasangan yang cantik/tampan yang diciptakan oleh Allah S.W.T
  6. Mereka dapat memberi sya'faat kepada 70 orang ahli keluarga mereka.

Jadi sekarang pasti anda faham mengapa Talha begitu terkejut.

Mengapa penting siapa yang masuk syurga terlebih dahulu?

ini amalan yang mampu mengatasi orang mati syahid 2

Cuba bayangkan jika iPhone baru akan dilancarkan, pastinya semua peminat telefon ini akan berpusu-pusu beratur di hadapan kedai-kedai untuk menjadi yang pertama memiliki telefon iPhone yang baru.

Sama seperti ramai yang berlumba-lumba membeli tiket wayang untuk menonton filem The Avengers : Infinity War, supaya mereka yang pertama dapat menonton filem ini. Ini baru hal dunia, kita sudah berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama.

Dan juga beratur untuk membeli tiket perlawanan bola sepak final, bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan secara langsung.

ini amalan yang mampu mengatasi orang mati syahid 3

Jadi, bukankah kita sepatutnya berasa lebih bersemangat untuk menjadi orang yang pertama untuk memeluk Rasulullah S.A.W. Bukankah kita mahu menjadi orang yang pertama untuk melihat wajah Allah S.W.T?

Malah, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, kelompok pertama yang memasuki syurga adalah jauh bezanya berbanding kelompok kedua. Mengapa? Kelompok pertama, akan mempunyai keindahan seperti bulan.

Kelompok kedua juga mempunyai tubuh badan dan rupa yang cantik/tampan, tetapi keindahannya seperti bintang yang paling terang.

Kembali kepada hadis awal 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Kamu kagum, Talha?"

Talha menjawab "Ya Rasulullah".

Kemudian baginda bersabda lagi, "Bukankah orang yang meninggal kemudian itu hidup satu tahun lebih lama berbanding yang syahid itu?"

Talha menjawab, "Ya Rasulullah".

Baginda bertanya lagi, "Bukankah dia menyaksikan Ramadhan penuh dan beribadah lebih banyak?"

Talha menjawab "Sudah tentu Ya Rasulullah".

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, disebabkan kerana dia sempat bertemu dengan Ramadhan dan beribadah lebih banyak pada bulan tersebut, itu membuatkan perbezaan yang sangat ketara seperti langit dan bumi dengan orang yang mati syahid itu.

ini amalan yang mampu mengatasi orang mati syahid 4

Dengan ini, maka hanya dengan satu bulan Ramadhan, yakni jika kita benar-benar beribadah pada bulan ini, mampu membuatkan kita mengatasi mati syahid.

Ia mampu membuatkan kita mengatasi orang yang menghafal Quran, jika kita benar-benar mendekati Allah dengan tulus dan ikhlas, satu tahun beribadah dan solat.

Konklusi

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa bangun pada waktu malam pada bulan Ramadhan untuk beribadah kepada Allah, dengan 2 syarat iaitu: dengan iman (kepercayaan) dan ihtisab (dengan mengharap pahala daripada Allah S.W.T), maka semua dosanya akan diampuni".

Dengan ini, penulis mengajak diri penulis dan para pembaca supaya berjanji kepada diri untuk tidak mensia-siakan satu malam pun di bulan Ramadhan. Masih belum terlambat untuk kita melakukan ibadah ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)