Oleh pada 28 Aug 2019 kategori

Kredit foto: IMDb

   

Filem M for Malaysia bakal menjengah pawagam terpilih di seluruh negara pada 12 sehingga 15 September ini, bersempena sambutan Hari Malaysia.

'M for Malaysia' yang berkonsepkan dokumentari, mengetengahkan kisah perjuangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad (Tun M) bersama Pakatan Harapan sewaktu memenangi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang lalu.

Umum sedia maklum tentang sejarah yang terlakar apabila rakyat Malaysia memutuskan untuk menghentikan pemerintahan kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.

Hari yang mengubah masa depan negara itu mendapat komen, debat dan analisis daripada pelbagai pihak.

Istimewanya, karya ini menyaksikan sudut pandang daripada kaca mata Tun M sendiri berkenaan perjuangannya dalam menewaskan kerajaan yang menguasai negara sejak kemerdekaan 61 tahun lalu.

Filem garapan sutradara Dian Lee dan Ineza Roussille ini menjanjikan kisah yang berlainan daripada persepsi umum.

      

sinopsis filem m for malaysia

Kredit foto: Instagram @mformalaysia

      

'M for Malaysia' terlebih dahulu ditayangkan di CAAM Festival 2019 di San Francisco dan DocEdge Film Festival 2019 di New Zealand.

Karya ini menggunakan khidmat Datin Paduka Marina Mahathir sebagai Penerbit Eksekutif dan pemenang Oscar, Ruby Yang sebagai Penerbit Kreatif.

Untuk info lanjut, layari www.mformalaysia.com.

    

Trailer

Kredit video: Youtube M For Malaysia

   

Sumber:

1. Papar Kempen PRU 14 Tun M Dengan Lebih Dekat, Trailer Dokumentari 'M for Malaysia' Bakal Membuatkan Anda Sebak!

2. M For Malaysia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)