Oleh pada 14 May 2018 kategori

kisah tun mahathir difilemkan 1

Kredit foto: Facebook Rizal Halim

Kisah inspirasi tentang perjuangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengemudi negara selama 22 tahun bakal diangkat ke layar perak.

Menurut sutradara Rizal Halim, beliau berminat membawa perjalanan kisah itu untuk tontonan penonton tempatan juga antarabangsa.

"Insha Allah, saya lebih kepada apa yang penonton mahu lihat dalam sesebuah filem dan bukannya filem patriotik yang asyik balik kepada peperangan zaman dahulu," katanya menurut portal Astro Gempak.

Kata Rizal, dia bagaimanapun bercadang untuk menyelitkan aksi yang berlebihan agar wujud nilai produksi bagi menjadikan karya itu lebih menarik.

"Rakyat memang sayangkan Tun M, itu tidak dinafikan. Namun, filem ini bukan 'love story', tiada elemen filem Melayu konvensional," katanya.

Di ketika ini, beliau sudah menterjemahkan idea dalam bentuk poster filem yang dimuatnaik di media sosial sebagai bayangan awal. 

kisah tun mahathir difilemkan 2

Kredit foto: Facebook Rizal Halim

Sutradara Malaysia pertama mengarahkan filem di Australia menerusi Lurking Woods itu berkata, dia juga ingin filem terbaharunya nanti menjadi lebih dramatik bercitarasakan ala aksi Hollywood, dengan tidak mengambil 100 peratus kisah sebenar sebaliknya difiksyenkan.

Mengulas pandangan peribadi tentang Perdana Menteri Malaysia ke-7, dia menganggap Tun M seorang tokoh negara yang tidak sombong dan rakyat jelata sepatutnya beruntung dikurniakan pemimpin sepertinya.

Malah Rizal turut berbangga dengan pencapaian Tun M menaikkan nama negara di mata dunia sehingga namanya lebih popular daripada negara Malaysia sendiri.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)