perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner

Apabila disebut perkataan loner atau penyendiri, apa yang anda fikirkan? Pasti anda memikirkan seseorang yang negatif dan tidak sukakan kehidupan bersosial. Biasanya tanggapan terhadap loner adalah yang kurang baik kerana bersendiriaan dilihatkan sebagai sesuatu tidak baik.

Seseorang yang tak sukakan persahabatan, seseorang yang secara sukarela berpecah daripada komuniti atau seseorang yang gembira dengan dirinya sendiri dikategorikan sebagai loner. Malah, masyarakat mengaitkan pembunuh yang gila cenderung datang daripada kalangan loner.

perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner 3

Namun, seburuk mana pun reputasinya, loner adalah kumpulan yang sangat indah yang suka bersendirian dan melakukan apa yang mereka suka, tanpa mengganggu orang lain.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 perkara yang hanya mereka yang mempunyai personaliti penyendiri atau loner sahaja yang akan faham.

1. Pengamatan yang tajam

perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner 2

Walaupun loner jarang mengambil bahagian dalam mana-mana acara sosial, namun akan sentiasa memerhati apa yang berlaku. Mereka suka menonton perlakuan manusia dan mampu mengetahui personaliti seseorang itu hanya dengan melihat cara bertutur dan bahasa banda seseorang.

Dengan ini, mereka boleh mengetahui jika seseorang itu bercakap benar atau tidak dengan mudah. Ini kerana pengamatan mereka sangat tajam dan tepat berdasarkan pengalaman.

2. Tak ambil peduli berkenaan gosip

Biasanya loner tak punya ramai rakan dan mereka langsung tak kisah kan perkara ini. Mereka tak ambil peduli sindiran atau pendapat anda terhadap cara mereka yang suka bersendirian. 

Mereka tak suka ambil bahagian dalam bercakap tentang hal orang lain atau bergosip. Mungkin ini sangat bagus kerana kurang melakukan dosa mulut.

3. Seorang yang sangat misteri

perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner 5

Bagi seorang loner, mereka sentiasa kelihatan sangat misteri. Orang biasanya beranggapan mereka mempunyai sesuatu rancangan kerana tidak dapat mengetahui apa yang mereka lakukan.

Orang lain berfikiran bahawa loner mempunya cerita atau sejarah misteri yang tak pernah diceritakan kepada orang lain membuatkan mereka lebih menarik di mata orang biasa.

4. Lebih banyak berfikir

Disebabkan mereka sentiasa bersendirian, loner cenderung untuk terlalu memikirkan sesuatu. Ini sebenarnya membantu menyelamatkan diri mereka dalam situasi-situasi tertentu.

Dan juga kerana mereka kurang berinteraksi, mereka mempunyai masa dan peluang yang lebih untuk memikirkan berkenaan hal hidup mereka, dunia dan orang lain secara amnya.

5. Seorang yang penyabar

Bersendirian mengajar loner untu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi. Disebabkan tiada sesiapa yang menunggu, atau memerlukan perhatian mereka, loner sentiasa berkelapangan melakukan apa-apa aktiviti yang digemari.

Mereka boleh berada di tepi taman sambil melihat orang lalu lalang, awan bergerak dan macam-macam lagi tanpa orang lain menyuruh mereka untuk cepat.

6. Suka berjalan dengan lama

perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner 4

Penyediri suka berjalan berseorangan di taman atau di tempat yang tenang. Mereka sukakan perasaan di mana mereka boleh fikir bersendirian tanpa kuasa-kuasa luar mengganggu mereka.

Mereka hanya memerlukan aktiviti seperti ini untuk menyegarkan minda daripada hari atau situasi buruk.

7. Seorang yang lembut dan tenang

Loner biasanya tidak mempunyai perwatakan yang lantang. Mereka sangat tenang yang bencikan ketidakselesaan dan situasi yang menyebabkan tekanan. Disebabkan tidak lantang, kadang-kadang ia membuatkan mereka sukar untuk beredar atau melarikan diri daripada orang sekeliling jika mereka memerlukan masa bersendirian.

8. Gemar menulis

Kebanyakan penyendiri gemar menulis dan ia datang kepada mereka secara semulajadi. Mereka boleh menulis dengan baik dan mungkin ini disebabkan cara mereka yang kurang berkomunikasi dan lebih meluahkan perasaan dengan cara menulis.

9. Pengembara berani

perkara yang hanya difahami oleh penyendiri atau loner 6

Walaupun suka menyendiri, tak bermakna mereka ini tidak sukakan pengembaraan. Malah, loner merupakan pengembara yang sukakan cabaran. Mereka akan bereksperimen dengan segala perkara yang termampu kerana mereka boleh.

Mereka tak perlukan izin atau penerimaan daripada sesiapa membuatkan ia mudah bagi mereka. Loner adalah ketua dan rakan bagi diri sendiri.

10. Seorang yang bijak dan pintar

Kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Psychology menjelaskan mengapa sesetengah orang yang bijak dan pintar cenderung untuk menyendiri. Pengkasi Norman Li dan Satoshi Kanazawa melaporkan bahawa orang yang sangat pintar mengalami kepuasan hidup yang lebih rendah apabila mereka bersosial bersama rakan dengan kerap.

gadis loner pegang mentol

Maklumat analisis ini mendedahkan bahawa berada di sekeliling orang ramai biasanya membuatkan seseorang itu tidak gembira, sementara bersosial bersama rakan membawa kepada kegembiraan, dan ini berlaku jika anda seorang yang sangat pintar.

Rujukan:

1. Inverse

2. Puckermob

3. Odyssey Online


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)