7 perkara yang disembunyikan individu introvert

Jika anda seorang berperwatakan introvert atau mengenali introvert, pasti anda tahu bahawa kehidupan ini tidaklah mudah bagi mereka. Ciri-ciri keperibadian dan sifat mereka cenderung menjadikan mereka lebih menyendiri, tetapi lumrah manusia memerlukan kita untuk berinteraksi dengan yang lain.

Perkara ini menjadikan mereka makan hati. Mereka menjalani hidup yang secara kualitatif nya berbeza daripada yang lain, yang mana kebanyakan introvert menghabiskan masa dengan mepikiran sendiri.

introvert girl

Pendek kata, tak banyak yang ditunjukkan dan didedahkan kepada orang lain, dan iluminasi.com ingin kongsikan 7 perkara yang disembunyikan oleh introvert daripada orang lain.

1. Bahawa mereka sangat tidak selesa dengan orang baru

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 3

Introvert sangat lemah dalam berinteraksi secara berbual kecil dan lebih suka mengambil bahagian dalam perbualan yang benar-benar tulen dengan orang lain dengan topik yang relevan.

Mereka bukan jenis orang yang suka menghiburkan orang lain hanya sebab kebiasaan sosial memerlukan kita melakukannya. Ini membuatkan mereka tersangat tidak selesa apabila bertemu dengan orang baru.

Mereka tidak mempunyai idea bagaimana untuk memulakan interaksi dan bagaimana untuk meneruskannya. Walaupun mereka mungkin tahu banyak perkara, introvert akan kehabisan topik dan berasa terganggu dengan perkara ini.

Walaubagaimanapun, mereka tak tahu cara untuk menunjukkan rasa takut apabila ditinggalkan dengan orang yang baru ditemui, dan masih cuba untuk berinteraksi walaupun ia membosankan mereka.

2. Bahawa mereka juga perlu meluahkan

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 4

Ia adalah lumrah semulajadi manusia untuk bercakap dan berinteraksi. Berkomunikasi mengenai idea anda dengan orang lain adalah asas dalam kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, introvert lebih banyak menyimpan perasaan walaupun mereka sangat mahu bercakap.

Mereka menyembunyikan perasaan untuk bercakap dan meluahkan kerana tidak pasti sama ada perbualan tersebut berbaloi dengan usaha yang mereka harus lakukan. Mereka ragu sama ada boleh mempercayai orang yang ingin dikongsi idea untuk mempunyai perbincangan yang bermakna, membuatkan introvert terus menyembunyikan pemikiran sebenar mereka.

3. Dunia peribadi mereka

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 2

Introvert banyak menghabiskan masa mereka bersendirian dan dalam fikiran mereka yang mana mereka mencipta dunia sendiri untuk mendapatkan ketenangan. Ini adalah dunia mereka yang mereka hasilkan dengan kesabaran dan dedikasi dan bagi mereka, ia berasa seperti rumah yang sangat selesa.

Walaubagaimanapun, "rumah" ini tidak boleh diakses oleh semua orang. Introvert menyembunyikan dunia dan diri dalaman mereka, dan hanya membenarkan orang yang benar-benar dipercayai sahaja untuk masuk.

Mereka tersangat memilih dalam membenarkan orang masuk ke dalam "rumah" ini dan bekerja keras dalam menyembunyikan fikiran di benak hati mereka.

4. Rasa takut disalah anggap

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 7

Salah satu daripada sebab penting mengapa introvert menjadi tersangat pemalu dan pendiam adalah kerana mereka tidak mudah mempercayai orang lain dengan pemikiran mereka. Mereka tak pasti apa yang ingin diperkatakan akan sampai kepada orang lain seperti mana yang mereka ingin maksudkan.

Malah, mereka juga sangat takut jika disalahfaham. Mereka hanya membenarkan beberapa orang sahajaa yang tahu pendapat sebenar mereka dan hanya selepas mereka pasti bahawa mereka tidak akan dihakimi.

Oleh sebab faktor kepercayaan inilah membuatkan mereka lebih banyak menyimpan perasaan.

5. Bahawa mereka terseksa

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 6

Disebabkan terlalu menyimpan dan menyembunyikan pemikiran dan emosi, ia membuatkan mereka tidak dapat memberitahu bahawa mereka juga terluka. Adalah sangat jarang bagi mereka untuk bercakap apa yang ada di fikiran dan lebih memilih untuk terseksa sendiri daripada memberitahu orang lain.

Ini mungkin kerana mereka beranggapan rasa kekecewaan itu dilihat sebagai tanda kelemahan mereka yang mana tidak ingin dianggap sedemikian. Introvert akan terus senyum walaupun mereka sepatutnya menangis, dan ketawa apabila mereka patut bersuara.

6. Bahawa mereka mudah bosan

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 1

Introvert boleh bosan dengan begitu mudah. Mereka adalah jenis orang yang sangat cekap dengan idea-idea dan dengan itu mereka berpindah dari satu idea ke idea seterusnya dengean begitu cepat.

Ini bermakna mereka biasanya cepat kehabisan idea untuk difikirkan dan berasa terganggu.

Namun, perkara ini disimpan oleh introvert dengan rapi kerana mereka tahu menunjukkan muka yang bosan ketika berinteraksi dengan orang lain yang tidak menarik minat mereka adalah tidak sopan dan mereka sangat tidak suka berlaku tidak sopan terhadap orang lain.

Jadi, mereka simpan "kebosanan" mereka dan teruskan perbualan.

7. Bahawa mereka perlu ditinggalkan bersendirian

7 perkara yang disembunyikan individu introvert 5 989

Setiap manusia mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan atau organisasi. Rasa diteima adalah dorongan yang kuat dan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk berada dalam sesebuah kumpulan yang mereka kagumi.

Introvert juga mahu perkara yang sama, namun mereka tidak suka untuk bercakap mengenainya. Sebaliknya, keinginan untuk ditinggalkan bersendirian juga sangat kuat di dalam diri mereka.

2 keinginan yang bertentangan ini membuatkan mereka kecewa dan dengan itu introvert menyembunyikan keinginan untuk bersendirian dan mengikut apa sahaja yang dilakukan dalam kumpulan yang mereka sertai.

Rujukan:

1. Daily

2. Introvert Spring

3. Bustle


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)