imej nampak pusat zizi kirana dikecam

Kredit foto asal: Instagram.com/zizi_kirana

Penyanyi Zizi Kirana dikecam oleh para netizen gara-gara beberapa foto di Instagramnya yang berimej seksi sehingga menampakkan pusat.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil (32 tahun) itu menganggap kritikan tersebut datang dari mereka yang sengaja ingin menimbulkan isu sensasi.

Zizi berasa hairan akan penampilannya itu menjadi pertikaian ramai memandangkan dia mendakwa sudah terbiasa dengan imej sebegitu sejak mula masuk ke bidang nyanyian.

Menurut bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 itu lagi, orang ramai mula menjadikan cara pemakaiannya itu sebagai bahan bualan sejak dia menyertai pertandingan D'Academy Asia 2 (DAA2) di Jakarta, Indonesia.

Mungkin sebelum ini nama saya kurang menyerlah, jadi peminat tidak begitu mempedulikan cara pemakaian saya. Agaknya baru kini mereka menyedari kehadiran saya, lalu mengikuti perkembangan saya di media sosial. Bagi saya, pakaian yang saya gayakan itu tidak terlalu seksi atau mencolok mata. Saya berpakaian mengikut keselesaan dan kesesuaian tempat.

Namun, penyanyi yang juga pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cats itu memberitahu dia tidak pernah berkecil hati dengan kritikan negatif yang diterima di laman sosial miliknya.

Saya tidak kisah dikecam, malah tidak pernah sesekali membalas segala komen yang diberikan. Tidak guna berbahas di media sosial, meskipun ada di antara komen yang dilemparkan agak keterlaluan dan menghiris hati.

Saya cuma melakukan kerja saya dan tidak berbuat salah dengan sesiapa. Mereka tidak perlu menghukum hanya dengan menilai berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Pernah tampil dengan single 'Rahsia Hati', Zizi akan muncul dengan lagu terbaru berjudul 'Boleh Jalan' ciptaan DJ Fuzz dan Waris selain berhasrat untuk memperkenalkannya kepada peminat di Indonesia.

Sejak menyertai DAA2, saya mula mengumpul kelompok peminat di sana yang bersatu di bawah Zizi Fellas. Mereka banyak membantu mempromosikan nama saya di Indonesia.

Ekoran sambutan positif yang diberikan, saya berhasrat untuk memperkenalkan Boleh Jalan kepada peminat di negara itu.

Sumber berita: BH Online


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)