Oleh pada 15 Jul 2017 kategori

imej rambut baru akim ahmad dikecam tidak bersesuaian dengan agama 1

Kredit foto: biskutmanis.com 

Gara-gara memuat naik foto imej berambut blonde, penyanyi Akim Ahmad menerima kecaman hebat netizen.

Menerusi foto yang dimuat naik ke akaun Instagram anaknya @beyshal itu, Akim kelihatan sedang mendukung dan memberikan kucupan kepada Eshaal.

Penyanyi itu turut memberikan penjelasan berkenaan imej tersebut menerusi ruangan kapsyen. 

imej rambut baru akim ahmad dikecam tidak bersesuaian dengan agama 2

Kredit foto: Instagram Beyshal

Macam kartunkan rambut papa Eshaal? Papa Eshaal ni berangan mahu jadi Naruto dari dulu, tu yang jadi macam tu. Sebenarnya bapa mahu keluar single baru yang bertajuk Lagu Untuk Laila dan rambut ni untuk konsep muzik video dan lagu itu nanti. Konseplah konon. Jangan lupa sokong lagu baru papa ya. Nantikan!!

Bagaimanapun netizen tidak menyambut baik penjelasan Akim.

Rata-ratanya menerusi ruangan komen melahirkan perasaan berang kerana warna rambut tersebut dilihat tidak bersesuaian dengan diri penyanyi itu yang merupakan penganut Agama Islam.

Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia hendak menunaikan solat dalam keadaan sedemikian.

Tak kurang ada juga segelintir yang menjadikan imej tersebut sebagai bahan lawak.

yedhalim - Sah ke sembahyang? Luaran dah nampak macam ni.

imactuallypxzil4 - Tak solat ke kat rumah? Kan tak sah kalau warnakan rambut.

elyssa_nadya - Kalau rambut kau warna hitam, tak boleh hidup ke apa?

ntnmrni - Lebih baik kembalikan warna asal rambut selepas muzik video tu. Buruklah.

ismi.nabelll - Teruknya rambut tu. Fikir gempak ke?

naimnazmii - Patutnya dia yang guide muallaf ni. Maaflah teguran tak membina.

jersi.11 - Uish.. Macam mi kuning.

acunxx_- Macam sakai. 

imej rambut baru akim ahmad dikecam tidak bersesuaian dengan agama 3

imej rambut baru akim ahmad dikecam tidak bersesuaian dengan agama 4

Kredit foto: Instagram Akim Ahmad


tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)