Kredit foto: Instagram.com/zizi_kirana

Penyanyi Zizi Kirana dan imej seksi memang tak dapat dipisahkan. Namun, lain pula ceritanya apabila bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 itu baru-baru ini berkongsi ciri-ciri bakal suaminya di InstaStory.

Antara syarat yang perlu ada pada seorang jejaka untuk mengahwininya ialah tidak mempraktikkan pergaulan bebas, bukan kaki mabuk dan suka mengunjungi kelab malam.

Selain itu, lelaki itu turut perlu mempunyai gaji minimum RM5,000, tidak mempunyai hutang dan fasih membaca Al-Quran.  

Dari aspek wajah pula, Zizi tidak memberikan sebarang ciri-ciri khusus sebaliknya mahu yang sedap mata memandang.

Syarat terakhir ialah yang paling sukar sekali kerana anda mestilah seorang penyokong kelab bola sepak Arsenal. 

Kami sediakan senarai penuh 14 syarat untuk memperisterikan Zizi Kirana.

1. Sedap mata memandang

2. Pergaulan tidak bebas

3. Tidak bikin panas

4. Bukan kaki arak & kelab malam

5. Tidak mengungkit

6. Tidak kedekut

7. Bukan kaki stalk perempuan lain

8. Pandai photoshoot

9. Beradab bukan biadab

10. Bebas hutang

11. Pendapatan minimum RM5k

12. Sanggup buat apa saja untuknya dan keluarganya

13. Lancar baca Al-Quran

14. Penyokong Arsenal

Sumber asal: mStar Online

Sumber berita: myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)