Kebiasaannya, apabila hendak menjual kereta, kita akan menggunakan khidmat agen atau menjualnya kepada kedai kereta terpakai. Berlainan pula dengan Eugene Romanovsky yang menghasilkan sebuah video menarik untuk mengiklankan kereta Suzuki Vitara keluaran tahun 1996 miliknya.

suzuki vitara

Eugene berasal dari Latvia dan kini menetap di Israel. Beliau merupakan seorang artis yang pakar dalam penghasilan video menggunakan skil visual effects.

Dengan kepakarannya itu, beliau menghasilkan video kreatif yang memaparkan kelebihan dan kekurangan kereta Vitara miliknya itu.

Menariknya, video yang dimuatnaik ke Youtube itu sudah ditonton lebih 2 juta kali!

Video yang dihasilkan Eugene cukup menarik dan diselitkan dengan elemen humor di mana beliau turut menyelitkan latar belakang zaman dinosor, dalam air dan di bulan. Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan Vitara miliknya sudah terjual atau belum.


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)