johnny depp can draw painting

Individu yang bergiat dalam bidang seni selalunya dikurniakan beberapa bakat lain, walaupun besar kemungkinan kita mengenali mereka sebagai seorang pelakon atau penyanyi.

Sebagai seorang penggiat seni khasnya di luar negara, nampak seolah tidak sah untuk seorang artis hanya kekal mengekspresikan karya seni mereka dalam satu format sahaja. Atas sebab itu, wujud beberapa kelompok artis yang sebenarnya mempunyai karier kedua sebagai seorang pelukis atau artis visual yang tak kurang hebatnya berbanding pelukis-pelukis lain.

Berikut adalah 5 orang artis terkenal yang sebenarnya menyimpan bakat besar dalam bidang seni lukisan.

1. Lucy Liu

lucy liu dalam studio

Nama Lucy Liu mungkin sudah tidak sehebat dulu semasa dia banyak mendapat tawaran berlakon filem-filem di Hollywood namun kariernya sebagai pelukis terus dilakukan sehingga ke hari ini. Menggunakan nama Yu Ling yang merupakan nama sebenar beliau, Lucy banyak menghasilkan lukisan dalam bentuk tradisional dan digital sejak berumur 16 tahun lagi.

lucy liu pamer seni kaligrafi

Bagi meningkatkan kemahirannya, Lucy menyertai New York School Studio untuk belajar kemahiran melukis, mewarna dan mengukir dengan betul selama 3 tahun. Namanya juga semakin meningkat naik sebagai seorang artis visual selepas salah satu lukisannya terpilih untuk dipamerkan dalam pameran berprestij Montblanc's Cutting Edge Art Collection.

2. Johnny Depp

johnny depp membawa pelawat melihat lukisan

Terkenal di seluruh dunia sebagai pelakon yang banyak membawa watak-watak unik yang hanya mampu dibawakan oleh beliau sahaja, Johnny Depp bukan saja berbakat dalam lakonan tetapi dia juga adalah seorang artis visual yang berbakat. Apa yang sedikit menggelikan hati, ada sebuah laman web khas yang mengkatalogkan hasil karya beliau yang diberikan nama 'Depp Impact'; parodi kepada filem Deep Impact.

lukisan johnny depp

Mempunyai studio lukisan sendiri di rumahnya, kediaman Johnny dipenuhi dengan lukisan hasil karya sendiri ataupun artis lain. Beliau juga banyak kali menghadiahkan karya asli yang dibuat menggunakan cat kepada rakan-rakan artis lain.

3. Viggo Mortensen

lukisan viggo mortensen dipamerkan

Pelakon yang memegang watak Aragorn dalam trilogi Lord of the Rings, mengakui dirinya adalah seorang pelukis yang gemar melukis sesuatu secara spontan tanpa terlalu cubba mengikut cara-cara artis terdahulu menghasilkan karya. Aragorn...maaf, Viggo gemar menggunakan intuisi semasa melukis.

viggo mortensen sedang melukis

Lebih banyak menghasilkan karya dalam bentuk fotografi, karya lukisan Viggo lebih banyak bercorak abstrak yang dihasilkan tanpa menggunakan format atau medium tertentu. Bagi beliau, melukis perlu dilakukan tanpa kekangan yang menghalang kita berkarya.

4. Bob Dylan

bob dylan di dalam studio beliau

Salah seorang individu veteran paling berpengaruh dalam industri muzik dunia, Bob Dylan atau Robert Dylan gemar menjadikan seni lukisan sebagai salah satu bentuk ekspresi dirinya. Mempunyai teknik yang cantik dengan penggunaan warna-warna yang terang, Bob lebih gemar menjadikan Amerika sebagai subjek lukisannya.

lukisan bandar di amerika oleh bob dylan

Lukisan Bob yang paling popular setakat ini adalah satu siri empat lukisan yang diberikan judu Train Tracks. Empat lukisan itu telah dijual pada tahun 2008 dengan harga RM220,726.

5. Anthony Hopkins

anthony hopkins di depan lukisan beliau

Pelakon veteran yang pernah memegang watak James Bond, Hannibal Lecter serta kini menjadi pelakon utama siri televisyen Westworld, Sir Anthony Hopkins hanya mula mengambil serius kebolehannya melukis pada tahun 2003 selepas diarahkan isterinya, yang terjumpa beberapa lukisannya. Anthony kini mengakui dirinya terlalu banyak menghabiskan masa dalam studio melukis sebagai hobi.

pameran lukisan anthony hopkins

Banyak melukis pada usia tua kerap membuatkan beliau terlupa bila dia melukis karya-karya yang ada, walaupun ketika lukisannya dipersembahkan. Beliau gemar melukis secara abstrak, menggabungkan warna terang dan struktur yang tidak tersusun.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)