Seorang pelancong Maykool Coroseo yang dilaporkan hilang di Taman Negara Madidi yang terletak di Bolivia. Taman negara tersebut sangat padat dan merupakan sebahagian daripada hutan Amazon.

Maykool berkata, pada hari kejadian, dia berasa seperti ada sesuatu yang memanggilnya untuk masuk ke dalam hutan. Apabila tersedar, dia menyedari sudah masuk jauh ke dalam hutan dan tidak menjumpai laluan keluar.

chilean

Menariknya, menurut Maykool, beliau dapat terus hidup dengan memakan buah-buahan yang diberikan sekumpulan monyet yang seakan-akan menjaganya. Monyet-monyet tersebut juga menunjukkan kepadanya sumber air dan tempat berteduh.

Sementara itu, seorang bomoh tempatan mendakwa bahawa Maykool mungkin telah dihasut oleh roh jahat untuk masuk ke dalam hutan. Dalam usaha mencari Maykool, pihak renjer hutan telah berusaha mencarinya selama 6 hari sebelum berjumpa stokin berlumpur yang dipercayai milik Maykool.

renjer

Ketika ditemui, beliau berada dalam keadaan lemah dan dihidrasi. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan serius yang dialaminya.


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)