Berapa banyak fakta yang anda tahu mengenai sekolah di seluruh dunia? Terdapat banyak perkara yang mungkin belum pernah anda ketahui. Di sini kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai sekolah dari seluruh dunia:

Sekolah tertinggi di dunia

Sekolah rendah yang tertinggi di dunia terletak di Phumachangtang, Tibet iaitu berada di 5,373 meter dari paras laut dan 200 meter lebih tinggi daripada Gunung Everest.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekolah tertua di dunia

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 2

Sekolah tertua di dunia ialah King's School yang terletak di Canterbury, England. Ditubuhkan pada 597 Tahun Masihi, tidak hairanlah jika ia menjadi sekolah tertua di dunia. Kini, sekolah ini telahpun dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan moden untuk pembelajaran.

Sekolah 'recycle'

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 3

Sebuah sekolah di Filipina diperbuat daripada botol yang dikitar semula. 9,000 botol kitar semula digunakan dan puluhan tenaga manusia dikerah untuk membangunkan sekolah ini. Pasir, air dan jerami diisi di dalam botol bagi mengukuhkan lagi struktur bangunan. Simen digunakan untuk melekatkannya bersama menjadi tembok.

Sekolah terbesar di dunia

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 4

Sekolah terbesar di dunia mengikut bilangan pelajarnya ialah City Montessori School di Lucknow, India. Lebih 32,000 orang pelajar hadir ke sekolah ini setiap hari. Kompleks sekolah ini mempunyai 1,000 buah bilik darjah, 3,700 buah komputer dan ratusan ribu buah buku serta alat tulis.

Sekolah paling kecil di dunia

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 5

Pada tahun 2014, terdapat sebuah sekolah rendah di Turin, Itali yang hanya mempunyai seorang guru dan seorang anak murid sahaja. Bilangan pelajar dan guru ini menjadikannya sekolah paling kecil di dunia. Pihak kementerian menjelaskan yang mereka masih perlu meneruskan pembukaan sekolah walaupun hanya dengan seorang murid.

Waktu rehat sambil belajar

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 6

Di Perancis, waktu makan dikira sebagai salah satu kurikulum sekolah. Semasa waktu rehat ini, kesemua anak murid diajar tentang kepelbagaian jenis makanan tempatan dan adab semasa di meja makan.

Sekolah terapung

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 7

Di Bangladesh, lebih 100 buah sekolah dibina di atas kapal. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan internet, perpustakaan dan tenaga solar sendiri. Bencana banjir yang berlaku setiap tahun boleh memusnahkan sekolah dan mengganggu pembelajaran. Apatah lagi jika banjir yang terjadi mampu mencecah sedalam 12 kaki. Jadi, sekolah terapung ini amat diperlukan untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan walaupun serba kekurangan.

Sekolah tanpa pembantu atau tukang cuci

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 8

Kanak-kanak di Jepun mungkin adalah yang paling berdikari di dunia. Mereka pergi ke sekolah sendirian, membersihkan bilik darjah sendiri dan membawa makanan tengah hari mereka sendiri. Hal ini demikian kerana ketiadaan tukang cuci atau makcik kantin di kebanyakan sekolah di sana.

Rakan kelas baru setiap hari

Di Holland, kanak-kanak hanya boleh mula bersekolah jika sudah menyambut dan melewati hari lahir yang ke-5. Mereka boleh mendaftar untuk masuk sekolah sehari selepas hari lahir atau selewat-lewatnya hari terakhir dalam bulan yang sama. Ini bermakna hampir setiap hari, setiap bulan dan sepanjang tahun akan ada rakan baru yang menyertai sekolah.

fakta menarik tentang sekolah fakta pelik 9

Kanak-kanak yang lahir dalam bulan Januari lebih beruntung kerana mendapat masa yang lebih untuk menyesuaikan diri di sekolah. Pihak kerajaan membuat inisiatif ini ini supaya kanak-kanak di sana mula sesi pembelajaran mengikut perkembangan usia yang serata bagi semua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)