Oleh pada 12 May 2017 kategori

hamster villa 2 3

Hidup seperti hamster di dalam sangkar

Adakah anda seorang peminat hamster? Suka dengan gelagat hamster yang comel bersama pipi kembungnya? Jika anda ingin tahu bagaimana rasanya hidup seperti hamster, anda boleh cuba menginap di 'La Villa Hamster' ini. 

26c4f34529a49a2dfa6b87c05ce1f7e2

Villa Hamster ini terletak jauh di bandar Nantes, Atlantic Coast, Perancis. Bilik-bilik tersebut adalah sangat unik kerana ia menawarkan bilik-bilik yang mempunyai suasana habitat hamster. Semua bilik tersebut mempunyai kemudahan asas yang penting bagi hamster seperti gandum organik, tiub air, katil jerami yang mempunyai tangga dan gelung roda gergasi.

Villa ini juga mengenakan bayaran yang murah dari 150 Euro untuk satu malam. Selain itu, tetamu di villa ini juga akan diberi pakaian berbulu dan topeng hamster untuk dipakai sepanjang penginapan mereka. Tetapi, ia tidak khusus untuk kanak-kanak sahaja kerana ia juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi, dapur, TV, dan bilik mandi untuk memastikan para tetamunya berasa selesa di dalam bilik tersebut. 

iexbywn

hi349031568

hi349031536

Villa ini ditubuhkan pada November 2009 selepas ia di ilhamkan oleh seorang 'scenographer', Yann Falquerho dan rakan sekerjanya yang merupakan seorang pereka dalaman, Frederic Tabary. Mereka ingin mencipta satu tempat yang mempunyai realiti habitat haiwan tersebut seperti dapat tidur dengan selesa dan pada masa yang sama boleh merasai pengalaman yang sebenar. Oleh itu, mereka membina tempat seperti sangkar hamster ini untuk manusia.

Sejak ia dibuka kepada orang ramai, villa ini telah tenggelam dengan banyak permintaan oleh pihak media luar yang ingin melawatnya dan para tetamu yang ingin menginap di sini. Menurut mereka berdua, mereka sedang mencari lokasi baru di London dan Paris untuk memperluaskan perniagaan mereka di samping ingin berkongsi pengalaman baru untuk orang ramai di luar sana.

kq24v0q

Jadi, kalau anda ingin merasai pengalaman tersebut, bolehlah merancang untuk melancong ke Perancis satu hari nanti. Sudah tentu pengalaman baru yang kita dapat di tempat orang sangat berharga.

Sumber : hamster hotel


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)