Kredit foto: Instagram Hazami & Instagram Aiman Tino

Penyanyi Hazami melahirkan rasa kagum dengan Aiman Tino kerana usaha anak muda itu melebarkan kerjaya nyanyian dan perniagaan.

Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad berkata, dia tertarik dengan strategi yang diaturkan Aiman dalam memperjuangkan karier seninya.

"Sejujurnya, saya kagum dengan semangat Aiman Tino dalam mengembangkan karier nyanyian termasuklah bidang perniagaan yang diceburi.

"Aiman menggunakan ruang serta peluang yang ada dan tidak takut mencuba sesuatu perkara yang baru meskipun dia masih 'hijau' dalam industri hiburan.

"Malah, Aiman sentiasa berfikiran positif dan tidak mempedulikan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya" katanya memetik portal Mstar Online.

Sementara itu, Hazami menganggap penyanyi yang baru menginjak usia 19 tahun itu seorang yang bijak memanfaatkan media sosial sebagai medium untuk menarik peminat.

Malah dia akui, tidak salah untuknya mempratikkan cara yang sama digunakan Aiman.

"Aiman pandai mengunci hati peminat dan melayan mereka tanpa rasa jemu.

"Tak salah kalau saya jadikan penyanyi muda ini sebagai contoh dari sudut perhubungan antara peminat dan artis," ujarnya.

Ditanya adakah dia terbuka untuk bekerjasama dengan penyanyi remaja itu, Hazami tidak mempunyai masalah.

Katanya, tiada salah untuk berkongsi idea tentang muzik bersama bakat muda ini.

"Jika ada penyanyi baru yang mahu bekerjasama dengan saya untuk hasilkan lagu, tak ada masalah.

"Bagi saya mereka ini mempunyai idea yang lebih segar dan memiliki kelompok peminat tersendiri," katanya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)