aiman tino diiktiraf malaysia book of records 1

Susulan kejayaan jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube, penyanyi muda, Aiman Tino, 19, mencipta fenomena tersendiri apabila namanya dimuatkan dalam Malaysia Book Of Records, menerusi video muzik single sulungnya, Ku Rela Dibenci yang meraih 41.3 juta tontonan. 

Aiman berkongsi kejayaan tersebut bersama pencipta lagu berkenaan iaitu kedua ibu bapanya sendiri, Yusri dan Riena.

Penyanyi yang sedang meledak dengan lagu Permata Cinta ini diraikan dalam acara penyerahan sijil penghargaan di sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Selasa.

Aiman berkata, dia sejujurnya tidak menjangka lagu itu bakal mendapat sambutan hangat di Youtube.

aiman tino diiktiraf malaysia book of records 2

“Saya sebenarnya tidak menyangka lagu ciptaan ibu dan ayah saya ini meraih tontonan yang begitu tinggi di Youtube sehingga layak mendapat pengiktirafan di Malaysia Book of Records," katanya.

Beliau berharap lagu itu akan menjadi pembuka tirai yang baik untuk kerjaya seninya pada tahun ini.

“Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang baik buat kerjaya nyanyian saya untuk tahun 2018 ini,” doa Aiman.

Di kesempatan yang sama, Aiman menganggap kejayaan itu bertitik tolak daripada sokongan para peminat yang meletakkannya di kedudukan teratas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menonton muzik video Ku Rela Dibenci di Youtube dari mula ia disiarkan sehinggalah sekarang,” katanya. 

Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)