penganjur tunggu hazami 1

Kredit foto: Instagram Hazami

Penyanyi dan penggubah lagu, Hazami, 43, akui sedang sibuk menjayakan tawaran persembahan, selain bekerja di belakang tabir sebagai pencipta lagu. 

Katanya, ada penganjur yang terpaksa menunggu untuk mendapatkannya dek kerana jadual yang terlalu padat.

Antara projek terbaharu penyanyi lagu Kata ini sebagai komposer adalah rakaman single terkini Azharina Azhar dan Aishah, selain usahawan popular, Rozita Che Wan.

Hazami mendedahkan tumpuan yang diraihnya di ketika ini umpama era kegemilangan lagu berhantunya suatu ketika dahulu, Sonata Musim Salju iaitu pada awal tahun 2000. 

penganjur tunggu hazami2

Kredit foto: Instagram Hazami

"Bayangkan, peminat yang dulu sekarang sudah beranak-pinak dan bersambung pula dengan generasi baharu," katanya kepada portal BH Online.

Dalam masa sama, Hazami tetap meraikan sambutan baik yang diterima meskipun usianya tidak 'sehijau' dahulu.

"Saya bukan muda lagi, usia makin meningkat dan tenaga pun tidak seperti dulu. Namun, diterima kelompok peminat baharu membuatkan saya terharu biarpun diri ini sudah bertaraf 'uncle'.

"Tapi mungkin sesekali kenalah rasa macam orang muda walaupun pada hakikatnya tidak," katanya dalam nada jenaka.

Dalam perkembangan lain, Hazami atau nama lengkapnya, Norkamal Hazami Ahmad, sedang dalam rangka promosi single Maha yang terlebih dahulu dilancarkan dua minggu sebelum penyertaannya di GV4 pada November lalu.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)