Jika anda pernah menonton movie James Bond : Skyfall, pastinya anda pernah melihat babak di mana terdapat sebuah pulau terbiar yang tidak berpenduduk. Ramai yang merasakan adegan di pulau tersebut adalah hasil daripada teknik CGI, namun tahukah anda pulau tersebut benar-benar wujud. Ya, ia adalah sebuah pulau yang terletak di Jepun.

Dibiarkan tidak berpenghuni selama 40 tahun

BESARKAN TEKS     A-  A+

skyfall

Pulau kecil yang berbentuk seakan-akan kapal perang itu dikenali sebagai "Hashima" yang bermaksud Pulau Kapal Perang yang terletak 15 kilometer dari Nagasaki. Gunkanjima (Pulau Kapal Perang dalam bahasa Jepun) merupakan salah satu daripada 505 pulau yang tidak berpenduduk di Jepun. Pulau yang dikelilingi oleh tembok laut itu mempunyai beberapa buah bangunan kongkrit yang terbengkalai dan tidak diganggu melainkan oleh alam semulajadi. Ia dibiarkan tidak berpenghuni lebih daripada 40 tahun.

Milik Mitsubishi Corporation

hashima1

Dibina pada tahun 1887, pulau berkeluasan 16 ekar ini terkenal dengan lombong arang batu dalam laut. Pulau yang dikatakan berhantu ini dibangunkan oleh Mitsubishi Coporation dan dipercayai bahawa pulau ini berada betul-betul di atas sumber arang batu. Selepas 100 tahun, lombong itu menjadi semakin dalam dan panjang yang hasilnya dituai untuk membantu mengembangkan industri di Jepun.

Kepadatan penduduk tertinggi di dunia

hashima02

Pulau ini mempunyai sebuah apartment 10 tingkat bagi menampung pekerjanya yang ramai. Selain itu, terdapat juga sekolah, restoran, kolam renang dan banyak lagi bagi para pekerja menjalani kehidupan normal seperti berada di tanah besar. Pulau itu mencapai kemuncak penduduk tertinggi pada tahun 1959 dengan penduduk seramai 5,259 orang dan dianggap sebagai kepadatan penduduk tertinggi dunia yang pernah dicatatkan.

Banduan Perang Dunia Kedua dijadikan pekerja

4

Orang awam Korea dan banduan perang China yang ditawan ketika Perang Dunia Kedua dikerah untuk bekerja di dalam keadaan yang sangat teruk serta layanan yang diberikan amatlah tidak patut di dasar yang dikeluarkan oleh Jepun bermula dari tahun 1930 sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua. Dianggarkan seramai 1,300 orang pekerja yang dikerah mati di pulau tersebut akibat daripada kemalangan, keletihan serta tidak cukup makan. Pada tahun 1941, pulau yang berkeluasan kurang daripada satu kilometer persegi itu menghasilkan 400,000 metrik tan arang batu dalam setahun. Sehinggalah arang batu di sini telah habis.

Ditutup selepas kehabisan sumber arang batu

abandoned city of keelung taiwan

Selepas sumber arang batu di pulau ini habis, Mitsubishi mengambil keputusan untuk menutup pulau tersebut dan ianya dibiarkan sejak daripada itu. Apartment dan bangunan-bangunan lain mula menjadi usang dan ada yang runtuh. Pokok-pokok menjalar di setiap penjuru, suratkhabar berterbangan ditiup anging. Pulau ini masih berada dalam keadaan yang sama seperti ia ditinggalkan lebih 50 tahun lalu.

Tersenarai dalam UNESCO World Heritage

1449844374113691772

Pulau ini pernah menjadi tarikan pelancong satu ketika dahulu kerana keadaannya yang tidak diganggu oleh sesiapa dan dibenarkan untuk dilawati oleh kerajaan Jepun namun  ditutup semula dari 1974 sehingga 2009. Pulau misteri ini kemudian dibuka semula untuk dilawati dan telah diluluskan oleh senarai UNESCO World Heritage pada 5 Julai 2015.

Untuk melawati pulau ini secara virtual dengan paparan 360 darjah, sila lawati laman web ini : Hashima Island

Sumber :

1. Wikipedia

2. The Verge




Hakcipta iluminasi.com (2017)