isteri dedah ayat pertama mus may selepas 10 hari koma

Kredit foto: forum.lowyat.net 

Sebelum ini industri hiburan telah digemparkan dengan berita penyanyi lagenda, Mus May yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan koma.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati penyanyi tersebut mempunyai antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah.

Bagaimanapun, laporan terbaru memberitahu Mus kini telahpun sedar selepas 8 hari koma, dan mula bercakap pada hari kesepuluh.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh isteri kepada Mus iaitu Suraya Bahari.

Difahamkan, percakapan penyanyi itu masih belum jelas, namun ia tetap petanda yang baik buat Suraya.

Suraya turut mendedahkan perkara pertama yang diperkatakan Mus ketika mula-mula terjaga dari koma.

Hari kesepuluh Mus di ICU, alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan dalam keadaan mamai, Mus cuba untuk bercakap. Perkara pertama dia tanya ‘pasai apa dengan dia’ (kenapa dengan dia) dan saya jelaskan keadaannya yang tidak sihat dan dia mengangguk kepala. Walaupun butiran katanya tidak berapa jelas tetapi saya bersyukur sangat kerana sudah lama tak mendengar suaranya. Mus sudah boleh makan sikit cuma kesan dari ubat yang dimasukkan semasa di ICU membuatkan dia berada dalam keadaan mamai lagi. Tetapi Alhamdulillah perkembangannya semakin baik setiap hari.

Sumber: Mstar 

Terdahulu, vokalis kumpulan May itu mengalami demam panas dan berada dalam keadaan koma sejak 3 Julai lalu. 


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)