Oleh pada 10 Jan 2018 kategori

Sumber foto: themalaysianinsight.com

Buat kali pertama dalam sejarah negara Arab Saudi di mana kaum wanita di negara itu akan dibenarkan untuk menonton perlawanan bola sepak di stadium.

Tanggal 12 Januari iaitu hari Jumaat ini merupakan tarikh yang telah di beri pelepasan kepada wanita untuk menonton perlawanan pertama, di mana kumpulan Al- Ahli dan Al- Batin akan beraksi. Perlawanan ini akan berlangsung di stadium di Riyadh.

Manakala perlawanan kedua akan berlangsung di Jeddah pada hari berikutnya.

Seterusnya perlawan ketiga pada 18 januari yang akan berlangsung di stadium Dammam.

Tersebut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian Maklumat Arab Saudi berkenaan pelepasan wanita ke stadium.

Pelonggaran sekatan terhadap wanita bukan saja untuk keluar menonton bola sepak ke stadium, malah Putera Mahkota Mohammed bin Salman juga turut membenarkan wanita untuk memandu kenderaan berkuatkuasa Jun ini.

Menurut undang- undang Arab Saudi, memperuntukkan kebenarkan kepada ahli keluarga lelaki iaitu kebiasanya bapa, suami atau adik beradik lelaki perlu memberi kebenaran kepada wanita di bawah tanggungan mereka untuk belajar, mengembara dan pelbagai aktiviti lain.

Ketika sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi September lalu, buat pertama kali ratusan wanita dibenarkan masuk ke stadium di Riyadh yang biasanya perlawan bola sepak diadakan di situ.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)