Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

     

Sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan berita penyanyi Haziq yang terbabit dalam kemalangan pada tahun 2017 selepas motor ditunggangnya merempuh sebuah lori di bahu jalan.

Beliau cedera di bahagian paru-paru, retak tulang tengkuk serta patah tulang rusuk.

Sekali lagi malang menimpa apabila motosikal diboncengnya bersama rakan terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Besi, dalam perjalanan ke Bukit Jalil, pada 5 Julai lalu hingga dia cedera parah di kaki kanan.

     

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 3

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 4

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 5

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 6

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 7

Kredit foto: Instagram @lindaeva_official

          

Menerusi laporan portal BH Online semalam, ibu Haziq iaitu penyanyi Linda Eva tampil mendedahkan perkembangan terbaharu anaknya yang sedang menderita masalah salur darah terputus.

Berikut kenyataan Linda:

     

harap kaki haziq tak dipotong ini lagi pendedahan terbaru linda eva 2

Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

     

“Kita masih berusaha untuk selamatkan kaki kanannya daripada dipotong.

“Saya lihat dia begitu tenang berdepan dugaan. Sebagai ibu, saya hanya berharap dan berdoa semoga dia akan pulih dan sihat kembali.

“Saya harap kakinya tidak akan dipotong dan kami sedang berikhtiar dengan apa juga cara untuk membantunya. Saya amat hargai bantuan dan doa yang kami terima daripada semua pihak".  

Dalam pada itu, Linda menzahirkan rasa terharu dengan inisiatif diambil penyanyi Aiman Tino, Fara Hezel dan Izzmad Harun dalam menjayakan kempen 'Dermalah Seikhlas Hati Anda Walaupun Hanya RM1' menerusi program Permata Kasih Untukmu bagi memberi bantuan kepada insan yang memerlukan, termasuk Haziq.

Untuk info, Aiman Tino merupakan sepupu kepada Haziq.

Manakala ibu Haziq iaitu Linda adalah bekas anggota kumpulan dangdut, Eva yang pernah popular menerusi lagu Bulan Cinta sekitar era 90-an.

Haziq pernah menganggotai kumpulan Putera Band sebagai vokalis dan meledak dengan lagu-lagu hits seperti Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

Bagaimanapun, beliau beralih sebagai penyanyi solo sejak Februari lalu.

    

*Untuk memberi sumbangan kepada Haziq, boleh hubungi ibunya secara peribadi di Instagram @lindaeva_official.

    

Sumber berita: BH Online

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)