Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

    

"Tak ada cara lain ke?" cetus Haziq saat mengetahui kaki kanannya perlu dipotong, selepas kemalangan pada 5 Julai lalu.

Haziq atau nama lengkapnya, Muhammad Haziq Hasbullah, 19, penyanyi remaja yang juga bekas vokalis kumpulan Putera Band itu menderita salur darah terputus di kaki kanan.

Andai itu sahaja takdir yang perlu didepani, pelantun Rebahku Tanpamu itu nekad menghabiskan masa bersendirian di kampung halaman.

    

saya nak balik kampung duduk sana menyendiri haziq bekas vokalis putera band 2

Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

    

"Kaki palsu tak sama dengan kaki betul. Saya nak balik ke kampung dan duduk sana untuk menyendiri," rungut Haziq kepada ibunya, Linda Eva, pemilik nama penuh Norhaslinda Ishak, 42.

Dedah Linda, kaki Haziq sepatutnya dipotong pada 19 Julai lalu kerana bahagian bawahnya sudah tidak lagi berfungsi rentetan darah dan oksigen yang tidak sampai.

Begitupun, mereka sekeluarga bersepakat menangguhkan tindakan terbabit kerana ingin berikhtiar cara lain sekiranya ada.

Alternatif rawatan sudah tentu menuntut kos yang tinggi, justeru sekiranya ada yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan, bolehlah hubungi Linda secara peribadi di laman Instagramnya, @lindaeva_official atau mengirimkan derma ke akaun Maybank 114067310531 (Norhaslina Ishak).

Terdahulu, Haziq terlibat dalam kemalangan sewaktu membonceng motosikal bersama rakannya, di Jalan Sungai Besi, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil.

Haziq pernah menganggotai kumpulan Putera Band yang popular dengan deretan lagu hits seperti Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

Beliau bagaimanapun berubah haluan sebagai penyanyi solo sejak Februari lalu.

   

Sumber berita: Sinar Harian

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)