Kredit foto: Instagram As'ad Motawh

Penyanyi, As'ad Motawh memberitahu kerjaya seninya akan turut sama dihentikan sebagai menyertai keputusan yang dibuat Haqiem Rusli sekiranya apa yang dinyatakan penyanyi Jatuh Bangun itu adalah benar.

As'ad yang juga rakan baik kepada Haqiem, menerusi laman Twitter berkata, dia bersedia menurut jejak Haqiem untuk menamatkan karier nyanyian.

selepas haqiem rusli giliran as ad motawh pula mahu berhenti menyanyi 2

Kredit foto: Twitter As'ad Motawh

"Jika Haqiem berhenti menyanyi, saya juga berbuat perkara sama," tulis As'ad.

Sebelum ini, melalui Twitter, Haqiem mendedahkan dirinya sedang berdepan kemurungan hingga berhasrat mahu bersara dalam karier yang diceburi sejak kecil itu.

Haqiem bagaimanapun memaklumkan hanya akan memberi kata putus berhubung keputusan rasmi mengenai pengundurannya pada awal Julai ini.

Sementara itu, tweet As'ad kemudian mendapat reaksi netizen yang meluahkan rasa terharu atas sokongan moral dikongsinya.

Namun ruangan respon terbabit turut dibanjiri komen berbaur marah dan kecewa kerana tindakan beliau yang dianggap telah mengecewakan peminat.

"Ni lagi seorang nak kasi hati asadnizers hancur kecai kecai.

"#sahabatduniaakhirat sangat mengagumi kamu berdua punya persahabatan. 

"Terima kasih sebab ada bersama ketika 'jatuh bangun' Haqiem. Harap awak kekal dalam industri," komen beberapa pengikut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)