Oleh pada 11 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Tun Mahathir

Jumlah pengikut akaun Instagram Presiden Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri Malaysia Baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad meningkat daripada 120,000 kepada lebih 500,000 pada malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Terkini, angka itu terus meningkat sehingga mencecah 730,000 pengikut.

Apa yang lebih menarik perhatian, Perdana Menteri Malaysia ke-7 ini hanya mengikuti tujuh akaun Instagram di mana salah satunya merupakan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain itu, hanyalah akaun Instagram peribadi anaknya, Mukhriz Mahathir dan lain-lain merupakan akaun persatuan politik seperti Armada PPBM, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pakatan Harapan.

tun mahathir hanya follow seorang penyanyi sahaja iaitu 2

Kredit foto: Instagram Tun Mahathir

Dalam pelbagai kiriman foto yang dimuatnaik, iaitu sebanyak 15 gambar, paling mencuri tumpuan pastinya foto kenangan ketika beliau di usia muda iaitu dalam era 1970-an.

tun mahathir hanya follow seorang penyanyi sahaja iaitu 3 999

Kredit foto: Instagram Tun Mahathir

Antara lain, foto pertama yang dimuat naik dalam akaun tersebut ialah pada 15 Mac lalu dan kesemua kiriman diiringi kapsyen santai yang melucukan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)