Dalam kalangan masyarakat melayu, banyak cerita-cerita mistik berlegar sejak turun-temurun. Namun kisah-kisah mistik ini kebanyakannya belum terbukti kebenarannya. Tambahan pula sikap masyarakat lampau yang suka menakut-nakutkan anak kecil atas tujuan mendidik agar anak kecil tidak keluar malam, bermain di waktu senja dan sebagainya.

Jadi kali ini, iluminasi.com ingin mengimbas kembali karakter hantu yang popular di kalangan masyarakat melayu. Namun jangan percaya 100% kerana hal-hal mistik ini boleh merosakkan aqidah umat Islam.

1. Hantu Pontianak

hantu pontianak rambut panjang

Pontianak atau juga dikenali sebagai Cik Pon ataupun Kuntilanak merupakan hantu yang paling popular di Malaysia. Bukan bagi masyarakat melayu sahaja, bahkan masyarakat India dan Cina amat menakuti hantu jenis Pontianak ini.

Pontianak biasanya berpakaian serba putih, berambut panjang ikal mayang dan berwajah sangat menakutkan. Masyarakat Jepun juga ada pontianak mereka sendiri. Anda boleh buat carian tentang Sadako Ghost Story.

hantu puntianak

Dikatakan Pontianak ini terhasil dari kematian wanita yang mati akibat melahirkan anak sulung. Kemudian dipuja oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk muncul kembali ke alam realiti atas tujuan tertentu. Paling best tentang Pontianak adalah ianya akan bertukar menjadi perempuan cantik ikal mayang sekiranya diketuk paku pada belakang tengkuknya.

Tips orang tua-tua dahulu kalau nampak pontianak, kita kena bogel depan dia. Nanti dia akan terus lari meninggalkan kita. Dikhabarkan pontianak sebenarnya adalah hantu yang pemalu dan terlalu menjaga maruah dirinya sendiri.

2. Hantu Toyol

hantu toyol

Toyol adalah hantu kecil yang digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri duit orang lain. Rupa toyol yang biasa diceritakan adalah ia berjasad seperti bayi, berwarna hijau, bertelanjang, dan suka ketawa seperti bayi.

Toyol terhasil daripada pujaan di kubur bayi lelaki sulung yang mati pada malam jumaat. Dengan menggunakan toyol, anda tidak perlu menyertai mana-mana skim MLM ataupun skim ponzi untuk menjadi kaya. Cukup dengan hanya memberi arahan kepada toyol untuk mencuri duit jiran-jiran anda.

toyol hijau nak fidget spinner

Dewasa kini sudah jarang kedengaran berkaitan hantu toyol ini. Penulis merasakan ini berlaku kerana zaman ini sudah banyak wang disimpan dalam bentuk digital. Maka susah untuk toyol mencuri wang fizikal. Kalau ada pun, mungkin hasilnya sikit sahaja.

Tips orang tua-tua mengelakkan toyol curi duit anda ialah dengan meletakkan satu bekas berisi kacang hijau di tempat simpanan wang anda. Ini akan menyukarkan kerja-kerja si toyol untuk mengira kerana dia tidak tahu apa sebenarnya wang. Bahkan ekonomi pun dia tak faham.

3. Hantu Tetek

lana nordin as hantu kopek

Hantu tetek dikatakan hantu yang terhasil daripada dendam seorang wanita yang kematian anaknya angkara kesalahan orang lain. Ada yang mengatakan dia dirogol hingga mengakibatkan anak dalam kandungannya mati. Ada juga yang mengatakan beliau berdendam dengan doktor yang tersalah bedah perutnya. Mungkin hantu tetek adalah seorang anti-vaksin. Siapa tahu?

Disebabkan berdendam dengan masyarakat. Maka hantu ini berkeliaran di waktu Maghrib bagi mencari kanak-kanak yang boleh beliau sorok pada masa sama susukan sehingga anak itu cirit-birit serta sakit. Walaupun kedengaran bodoh, namun ini adalah satu kepuasan bagi hantu tetek.

hantu tetek punya bra

Kalau anda duduk di utara, ada cerita tentang hantu "kumkum" sebenarnya hantu kumkum ini adalah hantu yang sama dengan hantu tetek. Bezanya hantu kumkum lebih agresif pergi ke rumah-rumah orang memberikan salam "samekumm samekummm" sambil peluk batu nisan. Sebab itu ia digelar hantu kumkum.

Tips orang tua-tua, kalau dengar orang bagi salam yang tidak sempurna sebutannya, jangan dijawab salam itu. Kemudian jangan keluar bermain pada waktu senja.

4. Hantu Raya

hantu raya

Hantu raya adalah hantu belaan seseorang. Ianya digunakan untuk membantu pemiliknya bekerja. Biasanya hantu raya akan diarahkan untuk menjaga ladang, kebun ataupun rumah ketika pemiliknya keluar travel menaiki pesawat tambang murah bersama keluarga.

Ada yang mengatakan Hantu Raya berupa seperti seekor beruang. Berbulu lebat seluruh badan dan bermata merah. Biasanya selepas pemilik Hantu Raya ini meninggal dunia. Hantu Raya bukanlah seekor hantu yang aggresif, namun jika pemiliknya meninggal dunia barulah hantu raya akan mengganggu orang sekeliling (kejiranan).

Dalam banyak-banyak kes hantu raya yang penulis pernah dengar, paling best adalah kejadian si mati pulang ke rumah (arwah pemilik hantu) untuk mengemas rumah dan cuci pinggan mangkuk. Hal ini disaksikan sendiri oleh isteri arwah dan diceritakan "dulu arwah pemalas orangnya, tak pernah nak tolong saya buat kerja rumah. Sebab itu saya tahu ini bukan arwah. Ini hantu raya dia ni"

Tips orang tua untuk mengenalpasti pemilik hantu raya ialah mereka susah untuk bertentangan mata dengan orang lain. Sekiranya anda kenal orang yang tak suka bertentangan mata, mungkin dia pemilik hantu raya atau mungkin juga dia penghidap autisme.

5. Hantu Politikus

hantu popular seluruh dunia

Hantu ini paling menyeramkan dikalangan masyarakat kita. Hantu-hantu ini memiliki satu kuasa yang digelar sebagai kuasa 'veto' membolehkan mereka buat apa sahaja yang mereka suka. Mereka boleh pukau manusia lain untuk jadi pengikut mereka dan diperbodohkan begitu saja.

Lebih advance berbanding toyol, hantu jenis ini mampu menghilangkan wang secara tiba-tiba tanpa boleh dikesan oleh sesiapa. Paling bahaya mengenai hantu ini ialah mereka wujud secara berkumpulan. Dan mereka saling bergaduhan sesama mereka. Di setiap-setiap kawasan ada jajahan kumpulan tertentu hantu ini.

hantu politikus seram

Ada juga diantara hantu ini yang mahir membaca al-Quran. Dan biasanya di Malaysia hantu ini akan muncul secara agresif 4 tahun sekali. Petua orang tua-tua sekiranya terserempak hantu jenis ini, seluk tangan kanan masuk seluar anda, kemudian hulurkanlah salam tanda kasih sayang.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)