Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Pada 13 September, tercatat satu sejarah baru bagi Singapura, apabila Halimah Yacob telah dilantik Presiden wanita pertama bagi republik itu. Halimah yang memenangi pilihan raya 2017 itu, merupakan satu-satunya calon Presiden, di mana calon-calon lain tidak mendapat sijil kelayakan untuk bertanding sebagai Presiden.

Kehidupan awal Halimah Yacob

Halimah Yacob merupakan wanita berdarah campuran antara India dan Melayu. Bapanya merupakan seorang pengawal, yang meninggal dunia ketika beliau berusia 8 tahun. Sejak itu, Halimah dibesarkan oleh ibunya. Setelah tamat pendidikan di Sekolah Perempuan Tanjong Katong, beliau melanjutkan pelajaran ke National University of Singapore dalam bidang undang-undang pada tahun 1978.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kerjaya sebagai seorang peguam

Tamat pengajiannya pada tahun 1981, Halimah dipanggil ke Bar Singapura pada tahun 1981. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dan menamatkan ijazah LLM di universiti yang sama pada tahun 2001. Dan pada tahun 2016, Halimah telah dianugerahkan ijazah Doktor Perundangan kehormat oleh NUS.

Karier politik

ahli parlimen halimah yacob

Pada tahun 2001, Halimah menyertai dunia politik selepas dilantik sebagai Ahli Parlimen oleh Jurong Group Representation Constituency (GRC). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, selepas memenangi pilihanraya umum pada tahun 2011.

Pada tahun 2012, Kabinet Menteri telah dirombak menyaksikan Halimah dilantik menjadi Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

jawatan sebagai speaker

Disebabkan Speaker Michael Palmer meletakkan jawatan, tugas itu digalas oleh Halimah setelah dicalonkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong. Ia mencipta sejarah kerana Halimah merupakan wanita pertama yang memegang jawatan Speaker dalam sejarah Singapura.

Pada tahun 2015, Halimah telah berkolaborasi dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat, badan tertinggi dalam membuat keputusan bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Bertanding jawatan Presiden

halimah dan suami abdullah

Setelah 4 tahun bertugas sebagai Speaker dan Ahli Parlimen, Halimah Yacob telah meletakkan jawatan tersebut, dan keahliannya dalam parti PAP. Ia adalah untuk membolehkan beliau bertanding bagi jawatan Presiden Singapura pada pilihanraya 2017.

Dan disebabkan Halimah merupakan satu-satunya calon yang diberikan Sijil Kelayakan bertanding sebagai Presiden, membuatkan keputusan sebulat suara melantik Halimah sebagai Presiden ke-8 Singapura, dan Presiden wanita pertama.

dilantik sebagai presiden singapura ke 8

Menurut Dr. Tan Cheng Bock (ahli politik Singapura), Halimah akan membawa jawatan presdin yang paling kontroversi dalam sejarah itu, namun beliau digambarkan sebagai seorang yang popular dan cekap.

Kehidupan selepas menjadi Presiden

menang sebagai presiden

Selepas memenangi jawatan tersebut, Halimah akan menerima elaun Presiden yang dikenali sebagai "Privy purse" sebanyak RM4.8 juta setahun. Elaun Presiden itu telah menurun kepada jumlah tersebut, yang mana sebelum ini sebanyak RM13.3 juta, selepas Presiden sebelum ini bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Peninjauan Gaji Menteri.

Halimah yang tinggal di rumah "jumbo flat" di Yishun, telah menjawab pertanyaan sama di mana beliau akan tinggal selepas menjadi Presiden.

"Saya masih akan tinggal di sini (Yishun), dan tak ada perancangan untuk berpindah. Rumah ini sangat cantik, selesa dan saya telah tinggal di sini agak lama iaitu 30 tahun," jelas beliau.

rumah halimah yacob

Kredit gambar : Ng Sor Luan

kawasan rumah halimah

Kredit gambar : Lianhe Zaobao

Suami Halimah, Mohamed Abdullah berkata dengan nada gurauan bahawa mereka tidak perlu berpindah kerana rumah yang dihuni sekarang "sebesar penthouse".

Selain itu, tinggal di rumah tersebut membuatkan beliau lebih sihat, kerana beliau memilih untuk menggunakan tangga untuk naik ke rumahnya yang berada di tingkat 6.

Halimah juga memberitahu bahawa kesihatan beliau dalam keadaan baik dan bersenam sekurang-kurangnya 45 minit setiap pagi.

Nota : Kami di iluminasi.com mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Halimah Yacob dalam menggalas tanggungjawab berat tersebut dan semoga Singapura dalam keadaan baik ketika terma beliau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)