Oleh pada 04 Sep 2017 kategori

Singapura merupakan salah satu destinasi pelancongan paling menarik di Asia Tenggara. Ia menjadi tarikan pelancong bukan sahaja dari Asia malah dari serata dunia kerana prasarana dan lokasi-lokasi yang menarik. Pada tahun 2016 sahaja, pelancong ke Singapura mencecah 16.4 juta, iaitu peningkatan sebanyak 7.7 peratus dari tahun 2015.

Tidak mahu melepaskan peluang sebagai negara jiran yang paling hampir, rakyat Malaysia juga menjadikan Singapura sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selain Pulau Sentosa, terdapat banyak lagi lokasi tarikan di Singapura.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 lokasi tarikan pelancong yang wajib dilawati di Singapura.

5. Gardens by the Bay

gardens by the bay 526

Terletak di kawan teluk Singapura, Gardens by the Bay adalah sebuah taman futuristik yang luas dan berwarna-warni. Lokasi yang popular dengan struktur pokok gergasi atau Supertree ini mempunyai jambatan terapung yang menawarkan aktiviti "skywalk" terletak 22 meter di atas udara yang merupakan aktiviti yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 

supertree grove

flower dome 75

Di sini juga terletak The Flower Dome, rumah hijau iklim-terkawal terbesar di dunia. Rumah hijau ini menawarkan pelbagai jenis fauna yang sangat indah dan menarik serta dibuka bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Jika anda ingin bersiar-siar di sini, tiada sebarang caj dikenakan, kecuali jika ingin masuk rumah hike Juga merupakan lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar, taman ini dibukan bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Tarikan lain di Gardens by the Bay adalah Cloud Forest, Art Sculptures, Heritages Garden dan banyak lagi.

4. Chinatown

chinatown 2

Ia merupakan sebuah kawasan rumah kedai Peranakan yang berwarna-warni dan penuh dengan sejarah. Terdapat 4 bahagian utama di sini iaitu Kreta Ayer, Telok Ayer, Tanjong Pagar dan Bukit Pasoh, namun tempat paling menarik adalah di sekitar Smith dan Pagoda Streets. Di sini anda boleh lawati kuil lama Hokkein iaitu Thian Hock Keng, Masjid James serta Kuil Hindu Sri Mariamman, serta gerai makanan tepi jalan dengan pelbagai pilihan.

chinatown

Dan jika anda seorang yang suka membeli-beli, Chinatown adalah lokasi yang wajib dilawati anda. Harganya juga dikatakan agak murah berbanding lokasi lain. Jika anda sukakan sejarah, anda juga boleh lawati Chinatown Heritage Centre. Tarikan dan fokus di Chinatown adalah pendatang-pendatang asing daripada China yang berpindah ke sini dan merupakan kumpulan utama yang dijumpai di Singapura.

3. Universal Studios Singapore

universal studio 1

Bukan sahaja merupakan tarikan yang sangat menarik di Singapura, tetapi di dunia. Universal Studio Singapore satu-satunya cawangannya di Asia Tenggara dan merupakan salah satu francais Universal Studio daripada 5 cawangan di dunia termasuk di Hollywood, Jepun, Korea Selatan, dan Florida. Dan bagi rakyat Malaysia, lokasi ini adalah yang paling hampir. 

universal studios

universal studios 2

Taman tema yang terletak di Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa Island ini sangat sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan umur, namun lebih menarik kepada kanak-kanak. Juga terdapat roller-coaster bagi golongan remaja dan dewasa. 

2. Clarke Quay

clarke quay

Kompleks bercahaya yang terletak di sepanjang sungai ini juga merupakan salah satu tarikan utama. Sangat sesuai dijadikan lokasi makan malam romantik bagi bagi pasangan atau keluarga yang terletak betul-betul di tepi Sungai Singapura. Bagi mereka yang suka membeli belah, terdapat juga kedai-kedai yang menawarkan item-item menarik di sini. Juga terdapat lawatan dengan menaiki bot di sepanjang sungai ini untuk melihat kehidupan malam di sini yang mempesonakan.

clarke quay 2

Di sinilah lokasi yang paling sempurna untuk melihat bangunan-bangunan, arca, monumen serta muzium peninggalan koloni terdahulu, atau dengan menaiki bot dengan harga RM28 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak. Lawatan bot sepanjang sungai ini juga memberikan peluang kepada anda melihat kehidupan malam di sini yang mempesonakan.

1. Marina Bay

marina bay

Memang tak sah melancong ke Singapura kalau tak melawat tarikan utamanya iaitu Marina Bays yang menelan belanja kos mencecah RM23 billion. Infrastruktur ikonik yang sangat mempesonakan ini menjadi perkara wajib untuk disinggahi dan menjadi lokasi penggambaran yang paling popular di Singapura, lebih-lebih lagi waktu malam.

marina bay 2

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah membeli-belah, Sand Sky Parks, Wonder Full (pertunjukan cahaya), makan di restoran yang eksklusif serta melawat muzium sains seni paling dengan binaan menakjubkan. Kalau anda tak singgah di sini, mungkin anda tak pernah melancong ke Singapura.

Rujukan :

1. Singapore Guides

2. Gardens by the Bay




Hakcipta iluminasi.com (2017)