Lynsey Lim, berumur 28 tahun mempunyai minat mendalam dalam bidang kecantikan, Lynsey gemar mengkaji dan mengeluarkan produk-produk kecantikan sendiri berasaskan bahan organik sejak remaja lagi.

Minat yang dipendam sekian lama akhirnya mendorong dia untuk mencuba perniagaan produk kecantikan secara kecil-kecilan dari rumah. Berkat sokongan (yang pada ketika itu teman lelaki) Adi Ong, Lynsey berhenti daripada pekerjaannya dalam sektor perbankan dan memulakan perniagaan produk kecantikan secara serius di dorong oleh sokongan Adi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Kami melawan semua nasihat yang dikatakan pada kami," kata Adi. Kini, Lynsey dan Adi mempunyai rangkaian produk yang mereka namakan sebagai Handmade Heroes yang masih lagi diadun menggunakan kaedah yang sama dengan apa yang Lynsey lakukan sebelum ini.

"Pada 2014, perniagaan kami bermula di rumah sahaja. Kami hanya menjual pada kenalan rapat, kemudian dari situ barulah kami cuba buka gerai jualan," kata Lynsey.

lynsey handmade heroes product

Kini, Lynsey dan Adi boleh tersenyum gembira kerana produk mereka bukan sahaja sekadar berjaya dipasarkan di pasaraya besar seperti Isetan dan Tangs, malahan mereka mempunyai ribuan peminat setia di Amerika Syarikat, setelah produk mereka mula dipasarkan melalui gergasi jualan atas talian, Amazon.

Ramai menasihatkan mereka berdua, berniaga dengan pasangan patut dielakkan tetapi Adi dan Lynsey tetap berdegil hendak mencuba nasib berniaga secara serius dan hasilnya kini dapat dilihat setelah berusaha keras selama hampir 4 tahun.

handmade heroes lip scrub

Salah satu produk paling popular Handmade Heroes yang dipasarkan di Amazon adalah 'All Natural Vegan Lip Scrub' yang menjadi antara produk terlaris di Amazon pada bahagian lip scrubs. Selain itu produk 'Drop Dead Gorgeous Dry Shampoo' yang mendapat sambutan hangat dari peminat produk kecantikan Amazon.

Jika anda tidak tahu, Adi Ong juga adalah salah seorang pengasas kepada kedai makan popular 'Little Fat Duck' bersama rakannya, Adel Ishak yang hanya bermula daripada trak, kini semakin banyak cawangannya di seluruh negara. Selepas 'Little Fat Duck' berjaya mendapatkan pengiktirafan halal oleh JAKIM bagi rangkaian restorannya pada bulan Mac 2017, Handmade Heroes pula baru saja berjaya mendapatkan status halal mereka bagi semua keluaran produk kecantikan.

Bacaan Ekstra

Laman kedai Handmade Heroes Amazon

Laporan NST mengenai Little Fat Duck




Hakcipta iluminasi.com (2017)