Oleh pada 06 Aug 2017 kategori

Bahayanya spesis-spesis haiwan ini bukanlah hanya terletak pada saiz dan ciri-ciri seperti fizikal yang kuat dan gigi yang tajam, ia juga terletak pada racun yang terdapat dalam sesuatu haiwan itu. Seperti gajah, walaupun ia besar, namun bahaya yang mengundang jika berhadapan dengannya ternyata berbeza dengan haiwan-haiwan dalam senarai ini.

Walaupun tidak sebesar haiwan lain, namun racun dan sengatan yang ada pada haiwan-haiwan ini mampu membunuh manusia sekelip mata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 5 haiwan yang mempunyai sengatan paling bahaya di dunia.

5. Marbled Cone Snail

marbled cone snail

Siput ini biasanya ditemui di Lautan India, bahagian selatan Lautan Pasifik dan beberapa bahagian di Australia. Walaupun haiwan kecil ini sangat kecil, namun ia tersangat bahaya. Setitis racun daripada siput ini boleh membunuh 20 orang manusia. Siput ini menggunakan sengatnya untuk melemahkan mangsanya untuk dijadikan makanan, namun ia juga boleh digunakan untuk mempertahankan diri dengan menyengat haiwan lain atau manusia yang mendekatinya.

4. King Cobra

king cobra 507

King Cobra biasanya di jumpa di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Bukan sahaja ia sangat berbahaya, malah juga sangat besar. Jika anda terjumpa ular ini, sebelum disengat sahaja anda mungkin sudah pengsan. Dengan sengat yang sangat beracun dan berbahaya, ia ditambah lagi dengan gigitan sebanyak 5 kali oleh King Cobra supaya mangsa cepat mati. Kekuatan sengat ular ini mampu membunuh seekor gajah.

3. Blue-ringed Octopus

blue ringed octopus

Sotong kurita biru ini antara salah satu spesis yang tinggal di laut pasang dan juga di kawasan terumbu karang sekitar Lautan Pasifik dan Lautan India, dari Jepun hingga ke Australia. Saiznya agak kecil sebesar bola golf dan sangat jinak, serta suka menyendiri. Walaupun ia jinak, jangan salah faham kerana sotong ini antara makhluk paling berbahaya di dunia. Setitis racun daripada sotong kecil ini mampu membunuh 26 orang manusia, dan tiada penawar bagi racun ini.

2. Death Stalker Scorpion

death stalker scorpion

Namanya pun sudah melambangkan tahap bahaya haiwan ini. Kala jengking sememangnya terkenal dengan bisanya yang sangat berbahaya, namun spesis ini paling berbahaya. Spesis ini dikatakan sebagai mesin pembunuh yang boleh dijumpai di utara Afrikaa dan Timur Tengah.

Satu sengatan daripada kalajengkin ini akan menyebabkan kesakitan yang tak teramat sangat diikuti dengan koma, kemudiannya mengalami kelumpuhan, dan akhirnya kematian.

1. Box Jellyfish

obor obor kotak 725

Obor-obor ini sangat mudah untuk dikenalpasti kerana bentuknya yang berbeza daripada obor-obor lain iaitu seperti kuib atau kotak. Spesis obor-obor yang sangat berbahaya ini biasanya boleh dijumpai di rantau Indo-Pasifik, dan juga Laut Atlantik serta timur Laut Pasifik.

Spesis obor-obor ini mempunyai bisa yang tersangat bahaya, termasuklah Chironex fleckeri, Carukia barnesi and Malo kingi. Jika seseorang itu disengat oleh obor-obor ini, kemungkinan besar tiada peluang untuk hidup. Lebih teruk lagi sengatan biasanya berlaku di dalam laut dan disebabkan kesakitan yang amat sangat, mangsa akan terkejut dan seterusnya lemas.

Racun maut ini akan menyerang jantung, sistem saraf dan juga sel-sel kulit, serta merupakan racun yang paling berbahaya di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)