Ramai orang yang takutkan serangga, mungkin kerana rupa mereka yang menakutkan dan menggelikan. Namun, di sebalik penampilan itu serangga sebenarnya mempunyai keupayaan yang tiada pada haiwan lain dan kadang-kala membuatkan kita bingung.

Walaupun makhluk ini memiliki tubuh badan yang kecil serta otak yang ringkas, serangga seringkali dijadikan contoh oleh manusia dalam menyelesaikan beberapa permasalahan. Berikut adalah beberapa jenis serangga yang mempunyai 'superpower' yang hebat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

9. Lipas

lipas 69

Lipas mungkin merupakan makhluk yang paling dibenci di dunia. Serangga ini juga sebenarnya sangat hebat kerana kehadiran seekor lipas sahaja sudah cukup untuk membuatkan seorang lelaki dewasa menjerit dan melompat seperti sorang budak perempuan.

Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa lipas mempunyai beberapa sumbangan penting dalam dunia perubatan. Beberapa kajian pada hari ini telah menggunakan lipas yang mempunyai potensi untuk mengubati penyakit berbahaya. Ahli saintis menjumpai bahawa dalam otak lipas mengandungi 9 molekul antibakteria yang melindungi serangga ini dari pelbagai bakteria yang merbahaya.

Antibakteria yang terkandung dalam otak lipas itu adalah lebih bagus berbanding sesetengah perubatan moden. Kajian makmal menunjukkan molekul itu dapat merawat MRSA (jangkitan bakteria yang lebih bahaya berbanding AIDS) dan E. coli dengan mudah sahaja.

Selain kebolehan untuk menyembuhkan diri ini, lipas juga mempunyai kebolehan untuk bertahan letupan nuklear. Ketika Hiroshima dan Nagasaki musnah dibom, satu-satunya mangsa yang terselamat adalah lipas. Namun, kebolehan ini juga mempunyai had kerana lipas akan mati apabila terdedah kepada 100,000 unit radon.

8. Lebah

lebah

Lebah merupakan salah satu serangga paling bijak dalam dunia haiwan. Mereka bukan sahaja mempunyai sistem perhubungan yang maju, malah mereka juga mempunyai kebolehan mengemudi yang luar biasa walaupun mempunyai penglihatan yang terhad.

Ramai orang sudah mengetahui serangga ini boleh berkomunikasi di antara satu sama lain. Mereka akan membuat gerakan seakan-akan "menari" untuk berkongsi maklumat seperti kedudukan makanan atau tempat sesuai untuk membina sarang.

Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa "tarian" lebih ini adalah sangat jauh lebih maju. Lebah madu sebagai contoh, serangga ini tahu bahawa keadaan bumi ini bulat. Mereka menggunakan fakta ini untuk belajar mengenai lokasi sesetengah sumber makanan.

Bahkan, mereka juga tahu mengira sudut dengan tepat dengan hanya tarian. Contohnya, jika lebah itu menari dari sudut jam 12 ke arah 6, ini bermakna sumber makanan atau rumah terletak di arah bertentangan dengan matahari. Jika sebaliknya iaitu arah 6 kepada pukul 12, itu bermakna lokasi dimaksudkan adalah mengikut arah matahari. Jika dari arah 7 hingga 1 pula bermakna ia ke kanan sedikit ke arah matahari.

Selain daripada tarian, lebah juga boleh mengemudi ketika terbang dengan mengingati visual keadaan muka bumi, mengambil kira kedudukan matahari ataupun menggunakan medan magnet bumi.

7. Belalang Juta

belalang juta

Belalang Juta adalah salah satu juruterbang paling hebat dalam dunia serangga. Makhluk bersayap yang dianggap oleh ramai orang sebagai perosak ini boleh terbang dengan jarak jauh tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

Setelah bertahun-tahun kajian dijalankan, saintis mendapati haiwan ini dapat mengekalkan kadar penerbangan yang stabil walaupun tidak mempunyai lompatan yang tinggi seperti sesetengah belalang lain. Kadar penerbangan serangga ini juga kekal sama walaupun ketika kadar angin dan suhu tidak seperti yang dijangkakan. 

Apa yang mengejutkan ialah belalang juta ini boleh memutarkan sayap mereka semasa terbang. Oleh itu mereka boleh kadar kelajuan dan ketinggian sekiranya terlebih dan inilah yang membuatkan mereka terbang dengan begitu stabil dan konsisten. Serangga ini boleh terbang sehingga 80km sehari tanpa memerlukan sebarang rehat.

6. Kelip-kelip

kelip kelip

Kebolehan kelip-kelip untuk menghasilkan cahaya sememangnya sesuatu yang menakjubkan dalam dunia haiwan. Serangga ini mempunyai kebolehan untuk menggunakan kesemua tenaganya tanpa perlu membazirkan tenaga itu seperti sebuah mentol.

Sebuah mentol lampu yang biasa digunakan di rumah hanya menggunakan 10% tenaga untuk menghasilkan cahaya manakala 90% yang lain akan menjadi tenaga haba yang terbuang. Badan kelip-kelip berupaya menggunakan 100% tenaga untuk menghasilkan cahaya. Oleh disebabkan itu ia tidak mengeluarkan haba seperti mentol, jika tidak tubuhnya itu pasti akan terbakar.

Kelip-kelip juga berinteraksi di antara satu sama lain seperti lebah. Mereka menggunakan cahaya yang dihasilkan untuk memberi isyarat terutamanya semasa proses mengawan. Kelip-kelip jantan akan memancarkan kelipan cahaya (setiap spesis mempunyai kelipan berbeza) untuk memberitahu kelip-kelip betina sekiranya mereka tidak mempunyai pasangan manakala betina pula akan memberi jawapan sekiranya berminat untuk mengawan dengan cara berkelip juga.

5. Kutu

kutu 673

Kutu bukan sahaja bahaya kepada haiwan peliharaan malah kepada keluarga anda juga. Namun begitu, terdapat satu kelebihan pada kutu yang patut kita kagumi. Serangga kecil ini mampu untuk melompat 150 kali ganda ketinggian tubuh badannya. Jika dibandingkan dengan saiz tubuh manusia, kutu kelihatan seperti makhluk yang sangat menakjubkan.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai ketinggian 5 kaki 9 inci, anda boleh melompat setinggi 862.5 kaki di udara dan ini merupakan lawanan graviti yang begitu ekstrem. Jika ia mustahil maka dunia ini akan mempunyai kurang kenderaan, pencemaran, perbelanjaan dan sebagainya.

4. Pepatung

pepatung

Sebagai manusia kita mempunyai kebolehan yang dinamakan tumpuan terpilih. Sebagai contoh, ketika ini anda menggunakan kebolehan ini untuk memberi tumpuan kepada membaca dan tidak mengendahkan gangguan lain. Selama bertahun-tahun lamanya, saintis beranggapan hanya spesis primat sahaja yang mempunyai kebolehan ini. 

Namun, kajian terkini mendapati sejenis serangga bersayap ini juga mempunyai kebolehan ini. Pepatung mempunyai otak yang sangat kecil, namun begitu ia bergantung kepada kebolehan tumpuan terpilih ketika berburu. Sekiranya pepatung terlihat sekawan serangga kecil sedang terbang, ia akan mengunci sasarannya kepada seekor mangsa sahaja.

Melalui tumpuan terpilih ini ia akan mengasingkan potensi lain setelah mengunci sasarannya. Pepatung adalah sejenis serangga yang diketahui sangat berjaya sebagai pemburu dan peratusan kejayaan ketika berburu juga adalah sangat tinggi iaitu 97 peratus.

3. Semut

semut 241

Semut mempunyai kebolehan hebat dalam mencari jalan pulang ke sarangnya, tidak kiralah sejauh manapun mereka berjalan untuk mencari makanan. Saintis sudah mengenal pasti bahawa serangga ini bergantung kepada petunjuk visual untuk mencari jalan pulang tetapi bagaimana pula dengan kawasan seperti padang pasir yang tiada sebarang tanda tempat.

Dr. Markus Knaden, Dr. Kathrin Steck dan Profesor Bill Hanson di Institut Ekologi Kimia Max Planck di Jeman cuba menjawab persoalan ini dengan satu kajian mudah. Mereka menggunakan semut padang pasir Tunisia sebagai kajian. Mereka meletakkan empat jenis bau pada pintu masuk sarang semut dan membiarkan semut itu membiasakan diri terlebih dahulu.

Kemudian mereka meletakkan semut itu di tempat berlainan yang tidak mempunyai sarang tetapi empseat bau yang sama ditandakan seperti tempat pertama tadi. Apa yang mengejutkan ialah semua semut itu menuju ke arah bau yang sama terdapat pada sarang mereka dalam ujikaji yang sebelum itu.

Ini menandakan semut bukan sahaja boleh menjadikan persekitaran sebagai petunjuk untuk mencari jalan pulang tetapi juga menggunakan deria bau. Ini bermakna bagi sesetengah kawasan yang tidak mempunyai tanda tempat, mereka menggunakan "peta bau" untuk kembali ke sarang mereka.

2. Lebah Voodoo

lebah voodoo

Lebah ini mendapat nama mereka kerana kebolehan mereka untuk menjadikan mangsa atau musuh mereka kepada "zombi". Walaupun kedengaran mengarut tetapi saintis berjaya membuktikan kebolehan lebah voodoo ini untuk menjadikan musuhnya seakan zombi dan mengawal mangsa mereka selepas itu.

Lebah ini meletakkan telur mereka di dalam badan ulat bulu muda dan apabila bertukar menjadi larva, ia akan memakan cecair dalam tubuh hos mereka. Apabila larva ini mencapai tumbesaran sempurna, mereka akan memakan pula kulit ulat bulu ini supaya dapat keluar.

Setelah itu ia akan membentuk menjadi satu kepompong dan melekat pada dahan atau daun. Apa yang menarik perhatian pengkaji ialah hos tadi iaitu ulat bulu itu tidak mati malah tidak juga meneruskan kehidupannya seperti biasa tetapi akan menjadi pengawal kepada kepompong lebah voodoo ini.

Ulat bulu yang menjadi zombi ini akan menghalau ulat bulu yang normal dan serangga lain dari mendekati kepompong ini dengan cara menjatuhkan musuh dari dahan. Sehingga kini saintis masih tidak mengetahui bagaimana cara ia mengawal ulat bulu yang dijadikan hos namun kebolehan ini adalah penting sebagai satu ikhtiar untuk terus hidup bagi lebah ini.

1. Kumbang penembak

kumbang penembak

Apabila dikira dari segi pertahanan, tiada apa yang boleh menandingi kumbang penembak atau dikenali lebih dengan Bombardier Beetle ini. Makhluk ini mempunyai kebolehan untuk menembak campuran bahan kimia yang cukup panas untuk mencederakan musuhnya. Cecair yang ditembak itu boleh mencapai kepanasan sehingga 100 darjah selsius.

Namun apa yang lebih menakjubkan adalah reka bentuk badan kumbang ini. Serangga ini mempunyai dua bahagian berbeza pada bahagian punggungnya yang mengandungi hidrogen peroksida dan hidrokuinon. Jika kedua bahan ini bercampur ia boleh mengakibatkan badan kumbang ini meletup.

Apabila berasa terancam, serangga ini akan mengeluarkan kedua-dua bahan ini dari lubang di bahagian hujung punggung dengan memerahkan ototnya. Apabila jumlah yang cukup dikeluarkan dan terkena pada bahagian lain yang mengandungi kandungan toksik berbeza, ia akan menjadi senjata yang panas dan berbahaya bagi Bombarier Beetle ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)