Oleh pada 21 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @hafizsuip

    

Peminat Hafiz Suip, 29, terkejut apabila melihat keadaan penyanyi itu yang kini terlampau kurus.

Penampilan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh itu menyebabkan netizen tertanya apa sebenarnya perkara yang menimpanya.

Beliau menjadi bualan hangat selepas berkongsi foto terkini dalam kemaskini terbaharu laman Instagram (IG).

    

fizikal makin kurus dan kapsyen terbaru hafiz suip cetus tanda tanya 2

Kredit foto: Instagram @hafizsuip

     

“Saya masih survive. Akhirnya makan. Awak ingat saya tak tahu apa 'permainan' yang awak main," tulisnya di ruangan kapsyen seakan ditujukan kepada seseorang.

Ekoran itu, beberapa rakan artis tampil memberikan komen meluah kebimbangan mereka terhadap keadaan pelantun Awan Nano itu.

"Macam sesuatu brother," tulis pelakon Fendy Bakry.

Jawab Hafiz dalam nada berkias, “Sesuatu yang sukar diungkapkan". 

"Kenapa ni?" soal Hazama dan Akim Ahmad.

"Apa pasal kurus sangat bro, apa-apa hati mau happy bro," ujar Zarul Umbrella.

Menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak terurus, ini komen balas Hafiz:

“Itu akak tengok. Yang tak tengok? Alhamdulillah terurus lagi kehidupan ini".

Hafiz kini dikenali menerusi lagu Kisah Cinta Kita gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik nukilan Datuk A. Aida.

Single hits itu menjadi runut bunyi drama rantaian, Dia Menantu Rahsia lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang ke udara di slot Akasia, saluran TV3.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016, sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata.




Hakcipta iluminasi.com (2017)