Kredit foto: Instagram Zizie Ezette

Selepas sebulan satu hari dilahirkan, buat pertama kali Datin Zizie Ezette berkongsi gambar anak kembarnya menerusi laman Instagram. 

Kedua putera comel Zizie ini diberikan nama Aadam Zac Izette (atas) dan Aaleph Zeke Izette (bawah).

akhirnya zizie ezette dedah wajah anak kembar 2

Kredit foto: Instagram Zizie Ezette

Zizie secara berjenaka menulis di kapsyen, "Sebut Alif bukan Alip eh”.

Menurutnya, foto tersebut dirakamkan ketika kedua-dua bayi berkenaan berusia 20 hari.

Di kesempatan sama, Zizie merakamkan penghargaan kepada para peminat yng mengutuskan doa kesejahteraan buat mereka sekeluarga. 

akhirnya zizie ezette dedah wajah anak kembar 3

Kredit foto: Instagram Zizie Ezette

“Ribuan terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen-komen sebelum ini,” tulisnya lagi.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada tahun 2009.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia tiga tahun.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)