Oleh pada 22 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @hafizsuip

      

Semalam penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan hangat selepas dia berkongsi foto terkini menerusi kemaskini terbaharu laman Instagram.

Penyanyi Kisah Cinta Kita itu mengundang rasa terkejut di kalangan peminat dan rakan selebriti kerana kelihatan amat kurus.

Malah, kapsyen yang disertakan dalam kiriman gambar juga menimbulkan tanda tanya.

      

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 2

Kredit foto: Instagram @hafizsuip

     

"Saya masih survive. Akhirnya makan. Awak ingat saya tak tahu apa 'permainan' yang awak main," tulisnya mengiringi perkongsian berkenaan.

Susulan itu, rakan selebriti seperti Fendy Bakry, Hazama, Akim Ahmad dan Zarul Umbrella meninggalkan komen bertanya apa yang telah terjadi kepadanya.

     

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 3

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 4

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 5

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 6

akhirnya hafiz suip buka mulut isu fizikal makin kurus kapsyen pelik 7

Kredit foto: Instagram @hafizsuip

       

Meleraikan persoalan, Hafiz menerusi BH Online, tampil memberi penjelasan:

“Saya kurus bukan kerana masalah kesihatan, apatah lagi dikaitkan dengan ilmu hitam kerana saya mempunyai alasan tersendiri untuk tampil demikian.

“Sebagai penghibur, saya perlu menitikberatkan penampilan dan mengekalkan bentuk tubuh supaya sedap mata memandang apabila beraksi di kaca televisyen.

“Kadang kala, saya tidak dapat mentafsir apa sebenarnya yang dimahukan masyarakat kerana ada sahaja yang mereka tidak berpuas hati.

“Kurus salah, gemuk pun susah dan akhirnya, saya memilih untuk tidak ambil pusing kata-kata orang lagi. Apa yang penting, ia bukan kerana masalah kesihatan atau ilmu hitam".

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini meledak dengan single Kisah Cinta Kita ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik tulisan Datuk A. Aida.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan sehingga kini dikurniakan seorang anak.

      

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)