hafiz suip tampil dengan imej baru peminat doakan terus istiqamah 1

Kredit foto: Instagram Hafiz

Lewat ini, penyanyi terkenal, Hafiz Suip, dilihat sering tampil dengan imej berserban dan berjubah menerusi beberapa kiriman foto yang dimuatnaik di akaun Instagram peribadinya.

Penyanyi berusia 28 tahun itu kelihatannya kerapkali berswafoto bersama sahabat handai berlatarkan ruang di dalam masjid.

Menerusi ruangan kapsyen entri tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu berkata, ibadah yang dilakukannya kini adalah dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Assalamualaikum. Iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikram dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.

"Bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.. #balanceduniaakhirat #kejarakhiratduniakejarkitatapikejarduniaakhirattinggalkita #bukakanhatiseluasluaslautan," tulisnya.

hafiz suip tampil dengan imej baru peminat doakan terus istiqamah 2

Kredit foto: Instagram Hafiz

Menerusi reaksi balas netizen di ruangan komen, rata-ratanya akui kagum dengan tekad Hafiz, di samping berharap beliau akan terus istiqamah dengan penghijrahannya ke arah kehidupan yang lebih baik.

"Moga kita sama-sama istiqamah dalam usaha agama Hafiz! Inshaallah.

"Alhamdulillah bangganya makcik tengok. Barakallah semoga dilimpahkan rezeki sentiasa dalam rahmat dan berkat hidup dunia akhirat.

"Subhanallah hidayah dari Allah moga jadi asbab kebaikan seluruh Alam. Tahniah hafiz, bukan semua orang boleh buat ni.

"Allahuma Aamin. Hidayat Allah. Hebat kamu Hafiz MasyaAllah semoga terus memberi inspirasi kepada semua," komen beberapa peminat.

Sebelum ini, kepada portal BH Online, Hafiz memaklumkan usahanya dalam mengimbangi kerjaya seni dengan memilih genre Islamik sebagai single terbaharunya.

Begitupun, tegasnya, ia bukan bermakna dia beralih kepada muzik kerohanian, sebaliknya penyanyi yang lebih dikenali dengan muzik kontemporari ini hanya ingin menggunakan medium yang ada sebagai ruang untuk mengumpul 'saham akhirat'.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)