Oleh pada 06 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

    

Penyanyi Hafiz Suip menafikan fizikalnya yang semakin kurus mempunyai hubung kait dengan anasir hitam.

Mohd Hafiz Mohd Suip, 29, bagaimanapun berkata, dia yang menderita sakit slip disc, terpaksa menurunkan berat badan atas nasihat doktor.

“Saya okey, Alhamdulillah. Memang saya semakin kurus tapi bukan kerana sihir. Harap dijauhkanlah saya daripada perkara-perkara seperti itu.

“Ramai yang bertanya, kenapa saya kini terlalu kurus. Macam-macam andaian timbul tapi itu semua tidak tepat. Jawapannya hanya satu, saya dipaksa doktor untuk kurus.

“Saya alami slip disc, jadi doktor minta saya jaga pemakanan dan turunkan berat badan supaya kesakitan tulang belakang yang saya alami ini dapat dikurangkan,” katanya kepada portal Utusan.

Terdahulu, kehilangan penyanyi Kisah Cinta Kita itu daripada radar dunia hiburan dikejutkan dengan penampilan susuk tubuh terkininya yang kelihatan kurus dan tidak bermaya.

Peminat meluahkan kerisauan di samping membuat andaian kononnya bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini sedang berdepan gangguan ilmu hitam.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, beliau terpaksa mengikut arahan doktor kerana enggan membiarkan sakit tulang belakang kronik dihidapi selama hampir tiga tahun itu berlanjutan.

   

hafiz suip kurus

Kredit foto: Instagram Hafiz Suip

    

“Saya dinasihatkan supaya kekal dengan berat badan 65 kilogram, jika tidak keadaan tulang belakang semakin teruk. Saya juga tidak boleh lakukan aktiviti lasak ataupun terlalu aktif ketika membuat persembahan.

“Tiga tahun ke belakang ini memang perit untuk saya. Sakit ini memang memberi kesan pada kerjaya namun saya reda dan anggap ini ujian tuhan untuk saya lebih memperbaiki diri selepas ini,” katanya.

Hafiz mengakui mustahil baginya untuk kembali pulih seperti biasa, namun tetap perlu menjalani rawatan terapi secara berkala bagi mengelakkan masalah tulang belakangnya menjadi lebih teruk.

“Sakitnya hanya tuhan yang tahu sebab itu saya rela diamkan diri. Saya tak mahu orang di luar sana nampak keadaan saya ketika itu. Saya tak nak simpati sesiapa terutama peminat.

“Setiap kali nak keluar saya perlu pakai tali pinggang angin, jadi saya tak nak orang jatuh kasihan pada saya. Jadi kepada orang di luar sana yang masih mempunyai kesihatan yang baik, jagalah tulang belakang anda,” ujarnya.

       

Sumber berita: Derita Sakit Hafiz Suip

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)