Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/hafizsuip

Penyanyi terkenal Hafiz Suip enggan mengetahui jantina anak sulungnya yang dijangka lahir pada sekitar hujung tahun ini.

Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip yang berusia 27 tahun itu mahu ia menjadi kejutan buatnya dan isteri tercinta, Nureffy Jasreel Abdullah.

Kalau boleh saya tak nak tahu jantina lelaki atau perempuan. Biarpun isteri sudah membuat pemeriksaan kandungan dan doktor sudah tahu tapi saya minta untuk rahsiakan.


Sebab bagi saya, tak kisah lelaki atau perempuan. Janji bayi kami sihat dan sempurna. Biarlah perkara itu jadi kejutan buat kami .

Sementara itu, Hafiz turut sempat menceritakan pengalaman menarik mendengar denyutan jantung bayinya itu ketika pertama kali melakukan pemeriksaan.

Doktor pasang alat untuk dengar denyutan jantung bayi, bila dengar saja bunyi jantung dia terus saya menangis.


Daripada teruja, perasaan bertukar jadi sebak sebab kali pertama dapat mendengar denyutan itu.

Untuk makluman, kandungan bayi pasangan itu kini berusia 4 bulan. Hafiz dan Nureffy mendirikan rumahtangga pada 14 Mei 2016.

Dari segi perkembangan kerjaya pula, Hafiz sedang sibuk menjayakan promosi lagu terbarunya berjudul 'Kejar'. 

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)