Kredit foto: Instagram Kilafairy
Pelakon Kilafairy menarik perhatian pengguna laman sosial apabila tampil dengan beberapa kiriman Twitter yang dianggap pelik.
Aktres berusia 25 tahun itu memberitahu peminatnya tentang pengalaman tersekat dalam kesesakan lalu lintas hingga terpaksa menangguhkan niat membuang air besar!
"Ya Tuhan. Siapa tahu perasaan nak buang air besar tapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dugaan yang mencabar.
"Berapa juta lampu isyarat ni! Dah hujung-hujung, lapan tahun rasa nak sampai rumah," katanya dalam beberapa siri tweet.
Perkongsian tersebut lantas menjadi tular dalam sekelip mata.
Malah dalam muat naik seterusnya, pelakon yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini membayangkan perasaannya berdepan situasi tersebut dengan lebih terperinci.
"Macam ni ke rasa contraction nak beranak?
"Pening,pening kepala menahan," luahnya lagi.
Sebelum akhirnya rantaian tweet itu disudahkan dengan kiriman berbunyi, "Ok semua. 'Pelaburan' berjalan dengan lancar. Syabas."
Kredit foto: Twitter Kilafairy
Meskipun aneh, namun rata-rata peminat dilihat tidak marah kerana menyedari aktres itu sekadar berjenaka.
Malah netizen turut sama menyertai tweet berkenaan dengan membalas semula gurauannya.
Kredit foto: Berita Memey
Kilafairy yang popular menerusi filem Karak dan Hoore! Hoore! juga merupakan seorang penyanyi yang pernah muncul dengan beberapa single termasuk Pasti, Warna Cinta dan Setia.