Oleh pada 25 Aug 2017 kategori
isu perkahwinan hafiz hamidun akhirnya ini jawapan pengarah jais 1
Kredit foto: Sinar Harian & msn.com

Antara salah satu persoalan terbesar dalam isu perkahwinan Hafiz Hamidun adalah bagaimana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) boleh melepaskan mereka untuk melangsungkan pernikahan sedangkan isteri Hafiz, Joy Revfa tidak memberi surat akuan cerai rasmi daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Difahamkan, bekas suami Joy iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim atau Ray Imran tidak memohon sijil cerai rasmi daripada pejabat agama Islam di Songkhla.

Sehubungan dengan itu, portal BH Online meminta keterangan daripada Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

Bekas suami Joy mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling. Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu. Tetapi sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Joy berjanji akan mengemukakan sijil cerai selepas pernikahan. Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami.
Sumber: BH Online

Haris beranggapan Joy mungkin mendapat nasihat daripada pejabat agama di Songkhla untuk membuat permohonan cerai taklik yang mana permohonan itu berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.

isu perkahwinan hafiz hamidun akhirnya ini jawapan pengarah jais 2

Kredit foto: pisangcheese.com
PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebabkan Hafiz tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai. Kalau surat cerai berkuat kuasa pada 2015 mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu.
Sumber: BH Online

Bagaimanapun Haris tidak dapat menyangkal prosedur sebenar yang menuntut surat cerai dikemukakan sebelum pasangan bernikah.

Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tak nak campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri.
Sumber: BH Online  

tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)