Oleh pada 23 Aug 2017 kategori

kenyataan balas joy revfa terhadap sidang media hafiz hamidun 1

Kredit foto: imgrum.org & Mstar

Susulan kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang media Hafiz Hamidun, netizen mula menyalahkan Joy Revfa kerana tindakannya menghebahkan isu perkahwinan mereka hingga menjadikan kes itu lebih rumit.

Dalam kenyataan semalam, Hafiz mendakwa beliau dan Joy telahpun bersepakat untuk menyelesaikan isu itu secara tertutup, namun diingkari isterinya yang menggunakan medium media sosial untuk mendedahkan kisah rumah tangga mereka kepada umum.

Lebih hangat, apabila ramai mendakwa niat Joy mensensasikan isu berkenaan kerana ingin meraih populariti sekaligus melariskan perniagaan yang diusahakan. Dalam erti kata lain, Joy mengambil kesempatan menggunakan kontroversi ini sebagai salah satu teknik pemasaran produknya. 

Berang dengan tuduhan yang dilemparkan, Joy tampil memberikan penjelasan.

kenyataan balas joy revfa terhadap sidang media hafiz hamidun 2

Kredit foto: Instagram Joy Revfa
Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi. Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokuman ini dibuat. Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah. 
Sumber: Harian Metro

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)