Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa menegaskan keyakinannya terhadap perkahwinan yang didirikan bersama Hafiz adalah sah dan sepanjang tempoh perkahwinan dirinya telah diabaikan oleh penyanyi itu.

Kenyataan itu didedahkan di laman Instagramnya berserta bukti-bukti yang menyatakan Hafiz terlebih dahulu mengaibkan dan membuka masalah rumah tangga mereka kepada umum.

Dalam masa yang sama, Joy meminta semua netizen berhenti mencaci dan menuduhnya sebagai isteri orang sewaktu bernikah dengan penyanyi itu.

akhirnya joy revfa tampil dedah bukti hafiz hamidun yang dahulu buka aib 2

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt.

Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan dan digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yang lalu.

Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih lagi isteri orang apabila berkahwin dgn dia. Kepada yang menghina saya pe!acur dan anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yang selalu saya impikan.

Selama ini saya cuba bertahan. Saya tak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan dan mendengar tangisan saya selama ini.

Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yang salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan dan maruah sebagai seorang wanita.

[ Untuk Pengetahuan Semua ]

Jika anda mengatakan saya yang terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yang terlebih dahulu mengaibkan saya pada media.

Artikel awal yang membuat netizen terbau tentang pergolakkan kisah kami :

4 Julai 2017

– Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia tentang gambar billboard saya yang terlihat agak seksi, dia sendiri memberitahu pada media yang saya telah sekat akaun IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak sekat IG dia.

Lalu media telah sebarkan berita itu yang keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudahlah sedih diabaikan dan kena kecam pulak dahh..!) Bukankah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya dan bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. Allah.

10 Ogos 2017

– Dia telah memadam semua gambar saya dari akaun Instagramnya. Ini membuat ramai yang membuat andaian negatif dan penulis blog mula menulis tentang kontroversi dan pergolakan ini.

Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia. Saya yang sentiasa percaya dengan Qada’ & Qadar kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti. #allahmahamengetahui 




Hakcipta iluminasi.com (2017)