Aktres Yana Samsudin dikejutkan dengan pemberian kereta baru daripada suaminya, aktor Fadzil Zahari.

Pendedahan itu dibuat oleh Yana di laman Instagram dengan memuat naik kiriman gambar kereta jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) warna putih.

Turut berada dalam foto adalah dirinya di samping Fadzil dan anak.

Menerusi ruangan kapsyen, Yana melahirkan penghargaan kepada suami atas 'hadiah besar' yang diterima.

Malah secara berseloroh dia sempat mengusik - dia berharap warna sebenar kereta itu adalah merah jambu kerana alang-alang ia diikat dengan riben merah jambu.

hadiah kereta daripada suami kepada yana samsudin 2

Terima kasih sayang. Yang ni memang kejutan. Siap ada riben ikat tengah. Kenapa tak merah jambu terus warna tu haha. Tak nak taip panjang panjang. Pilihan yang baik. Saya adalah seorang isteri, ibu, kawan, anak perempuan, kakak dan dotdotdot... #HappyBirthdayYS #MajlisHarijadiYS #EnKetuaRumah #AbaikanRupaKu #jangancaraslakiaku yeaaahahahhaaaaaa

Hadiah tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun kelahiran Yana yang ke-33 iaitu pada 25 September lalu. 

Di kesempatan itu, peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir di samping mendoakan kesejahteraannya di samping keluarga tercinta.

hadiah kereta daripada suami kepada yana samsudin 3

Yana dan Fadzil mempunyai seorang anak lelaki bernama Aisy Mateen yang kini berumur setahun. 

Kredit foto: Instagram Yana Samsudin




Hakcipta iluminasi.com (2017)