lagi kenyataan yana samsudin tentang farid kamil

Kredit foto: Instagram Yana Samsudin & Instagram Farid Kamil

Insiden penahanan Datuk Farid Kamil selepas dipercayai menampar anggota polis dan menendang orang awam, mendapat perhatian ramai sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan telah diikat jamin RM3,000.

Terkesan dengan nasib melanda pelakon yang juga pengarah itu, adik iparnya, aktres Yana Samsudin yakin apa yang berlaku mampu diselesaikan secara baik.

Malah, Yana meyakini Farid kerana lelaki itu telah dikenalinya sebelum suaminya sendiri.

"Sebelum Farid bergelar abang ipar saya, dia terlebih dahulu menjadi 'abang' saya ketika kami bersama-sama di bawah bumbung MIG suatu ketika dahulu.

"Saya kenal dia dan sebagai adik ipar dan rakan industri, Farid bukan seperti yang sedang berlaku padanya sekarang," kata isteri kepada aktor Fadzil Zahari ini.

Yana berkata, Farid beruntung kerana mendapat dugaan di usia muda sekaligus membuka ruang untuk aktor itu memperbaiki diri di masa hadapan.

Malah pelakon Wawa Semput ini juga berharap kisah itu akan menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Bagusnya kerana pada usia 37 tahun dia diuji dengan ujian yang berat.

"Dia masih muda dan jika diizinkan Allah, dia ada banyak ruang untuk memperbaiki diri.

"Saya yakin Farid akan bangkit menjadi lebih baik dan berharap semua yang mengikuti kesnya mendapat pengajaran," kata Yana lagi.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)