anak yana samsudin aisy mateen terima jangkitan penyakit hfmd 1

Kredit foto: Instagram Aisy Mateen

Malang menimpa anak kepada pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari iaitu Aisy Mateen apabila terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD).

Mereka sekeluarga berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagram Aisy semalam.

Dalam kiriman tersebut, Aisy dilaporkan masih berada dalam keadaan baik, bagaimanapun Yana akui akan lebih prihatin dalam penjagaan Aisy pada masa hadapan bagi mengelakkan situasi yang sama berulang. 

anak yana samsudin aisy mateen terima jangkitan penyakit hfmd 2

Kredit foto: Instagram Aisy Mateen

Mateen dalam keadaan baik. Doktor dah cakap, Mateen kena jangkitan yang menyebabkan sel darah putihnya tinggi dalam masa yang sama juga dijangkiti Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Mateen tak pernah ke Taska dan dijaga sepenuhnya oleh ibu sendiri dan nenek. Lepas ni ibu kena jaga-jaga tak boleh bagi Mateen main-main di kawasan permainan pasaraya atau terima apa-apa mainan dari orang sebarangan. Terima kasih makcik, pakcik, kakak dan abang atas doa dan ucapan. Mateen baik, demam dah tak ada, cuma gatal sikit saja.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Aisy dan berharap si cilik itu akan diberi kesembuhan dengan segera.

Mateen kini mendapat rawatan di hospital pakar KPJ Damansara. 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)