Kredit foto: Instagram Yana Samsudin

Video lucu anak pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari iaitu Aisy Mateen yang dimuat naik di akaun Instagram Yana, menerima perhatian rata-rata pelayar media sosial.

Rakaman berdurasi 53 saat itu memperlihatkan Aisy tersipu malu selepas menyangkakan aktres Mira Filzah yang mendukungnya sebagai ibunya.

anak yana samsudin sangka mira filzah ibunya 2

Kredit foto: Instagram Yana Samsudin

Mengiringi video berkenaan, Yana menulis kapsyen berbunyi, "Mana satu mama awak ni sebenarnya @aisymateen?”

Sehingga kini, kiriman itu mendapat lebih 400,000 tontonan bersama lebih 60,000 tanda suka. 

Lantas dihujani respon netizen yang rata-rata mengakui terhibur dengan kerenah Aisy.

"Malu dia salah orang. Comel je. Banyak kali ulang tetap ketawa sorang-sorang.

"Sayangnya dia kat mama dia. Comelnya Mateen. Siap salah mama pula.

"Comel je Mateen ni. Malu-malu pula dia. Anak salah tak apa, jangan papa dia yang salah sudah," ulas beberapa pengikut.

Yana dan Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aisy Mateen, yang sudah menjengah usia dua tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)