Apabila anda berada di luar rumah dan terasa lapar, kemungkinan anda akan terus mencari restoran atau kedai makan yang berhampiran untuk mengisi perut. Anda pun mula terfikir, "Nak makan apa dan nak makan di mana?"

Ia terpulang bagaimana cara anda membelanjakan wang untuk makan. Ada orang suka berbelanja secara berhemah dan ada juga yang tidak pernah berkira apabila menyentuh bab makanan. Bak kata orang, tepuk dada, tanyalah selera. Semuanya bergantung kepada keinginan dan bajet anda.

Namun, tahukah anda, ada beberapa selebriti terkenal yang memilih untuk berbelanja secara boros bagi memenuhi nafsu lapar mereka yang membuak-buak? Berikut kai kongsikan kisah 8 artis popular Hollywood yang pernah berbelanja besar untuk membeli makanan:

1. Justin Bieber

justin bieber 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Artis muda kegilaan ramai anak gadis ini memang boros jika berbelanja untuk makan. Pada tahun 2014, E! News melaporkan Justin Bieber telah menonton sebuah filem di pawagam dan menghabiskan $241 (RM940) hanya untuk membeli snek.

Pada tahun yang sama juga dia menghabiskan $240 (RM936) ketika berbelanja di sebuah kedai makanan segera Mexico. Namun, salah satu perbelanjaannya yang terbesar ialah apabila dia menghabiskan sehingga $10,000 (RM38,993) dalam satu bil di sebuah restoran makanan Cina. (Sumber #1, #2, #3)

2. Mariah Carey 

mariah carey 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan 158

Perangai boros penyanyi terkenal bersuara lunak ini sudah lama diketahui umum. Dikatakan tabiat buruknya ini juga menjadi punca pertunangannya dengan jutawan James Packer terputus di tengah jalan. Mariah dilaporkan sangat sukakan hidangan ikan salmon Norway dan memakannya tiga kali sehari.

Majalah Vanity Fair menganggarkan jika satu hidangannya itu bernilai $10 (RM39), didarabkan dengan 3 kali sehari selama 365 hari, maka perbelanjaannya untuk ikan salmon sahaja mencecah $11,000 (RM 42,892) setahun. Mengikut laporan dari E! News, Mariah juga adalah peminat makanan di restoran Craig di barat Hollywood. Dianggarkan dia berbelanja sekitar $1,500 (RM5,848) hanya untuk makan malam bersama rakan-rakannya di situ. (Sumber #1, #2, #3)

3. Mike Tyson 

8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Peninju lagenda Mike Tyson terkenal dengan rekod dan sejarahnya bertinju namun bukan setakat itu sahaja. Dia juga terkenal dengan sikap borosnya. Dia dilaporkan menghabiskan wang sehingga $200,000 (RM779,860) setahun hanya untuk memberi makan tiga ekor harimau Bengal yang dibelanya. Haiwan peliharaannya itu dikhabarkan memakan hidangan mewah yang jauh lebih hebat daripada kebanyakan orang. Namun, E! News melaporkan Tyson tidak lagi membela harimaunya itu kerana saiznya yang semakin membesar dan kos makannya yang kian mahal. Mungkin dia akan mencari haiwan peliharaan yang lebih kecil dan menjimatkan selepas ini. (Sumber)

4. Britney Spears

britney spears 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Apabila anda seorang bintang terkenal pastinya anda tidak mempunyai banyak masa untuk memasak. Makan di luar atau mengupah tukang masak peribadi adalah perkara biasa bagi seorang selebriti. Namun bagi Britney Spears, dia sangat suka makan di luar dan menghabiskan anggaran $5,000 (RM19,496) sebulan hanya untuk makanan. Dia juga dikatakan memperuntukkan lebih dari $100,000 (RM389,900) sebulan hanya untuk bersuka ria. (Sumber)

5. Beyoncé 

beyonce 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Beyoncé memang tahu untuk kekal sihat dengan menu berkhasiat dan seimbang. Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Crazy In Love" ini dilaporkan membelanjakan sehingga $7,500 (RM29,244) sebulan untuk mengupah chef peribadinya sendiri. Di samping itu, dia juga membayar $4,000 (RM15,600) sebulan untuk mengupah pakar diet bagi mengawasi pemakanannya agar lebih seimbang. (Sumber)

6. Shaquille O’Neal 

shaq o neill 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Bintang lagenda bola keranjang ini adalah seorang yang sangat suka berbelanja besar bila tiba bab makan. Ketika memfailkan perceraiannya, dokumen mahkamah telah mendedahkan dia menghabiskan wang sekitar $12,775 (RM49,813) sebulan untuk menampung pembelian makanannya.

Di dalam dokumen perceraiannya itu juga menyatakan dia menghabiskan sebanyak $110,505 (RM431,000) untuk percutian, $46,500 (RM181,317) untuk penjagaan anak-anaknya, $23,950 (RM93,388) untuk pakaian, $60,417 (RM235,584) untuk hadiah, $24,300 (RM94,753) untuk bil utiliti dan $468,245 (RM1.8 juta) untuk bayaran bulanan tiga buah rumah mewahnya. (Sumber)

7. Donnie Wahlberg

8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan donnie wahlberg

Lain sedikit pula kisah abang kepada pelakon Mark Wahlberg yang juga bekas ahli kumpulan New Kids on the Block ini. Setiap kali dia berkunjung ke restoran untuk makan, pasti para pelayan akan berasa sangat gembira. Ini disebabkan dia seorang yang amat suka memberi tip yang banyak kepada para pelayan restoran.

Pada bulan Julai 2017, kunjungannya ke restoran Waffle House telah mendapat perhatian media. Dia dilaporkan telah memberikan tip kepada pelayan di situ sebanyak $2,000 (RM7,798) sedangkan kos makanan yang dimakannya hanyalah $82.60 (RM332) sahaja. (Sumber)

8. Kanye West 

kanye west 8 selebriti terkenal yang boros berbelanja besar untuk makanan

Kanye West dilaporkan sangat suka makan manisan dan pencuci mulut. Dia dilaporkan sering dilihat bersama isterinya, Kim Kardashian dan bayi mereka North di sebuah kedai gula-gula iaitu Dylan's Candy Bar. Dia kemudian membeli stok gula-gula Skittles dan lolipop yang disukainya dengan begitu banyak sekali. Menurut TMZ, setiap kali berkunjung ke kedai gula-gula itu, kebiasaannya Kanye akan menghabiskan wang sekitar $200 (RM780). (Sumber)


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)